| MALAYSIA KINI | |
| |
"Sehingga 5.30 petang semalam, sejumlah 71 kes disahkan Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah terkumpul kes itu kini adalah 14,138 kes.
"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad di seluruh negara ialah 678 kes," katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 83 kes (12.2 peratus) disahkan positif Influenza A (H1N1) dan bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 12 kes, tujuh daripadanya mempunyai faktor risiko.
Dr Mohd Ismail berkata, penularan jangkitan itu cukup mudah berlaku di tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak.
"Jika mereka mempunyai gejala ILI ini terpaksa keluar dan berhubungan dengan orang lain, mereka diminta sentiasa memakai penutup hidung dan mulut serta mengamalkan adab batuk dan kebersihan diri yang baik.
"Perkara ini amat penting bagi mengelakkan penyebaran virus kepada individu sihat yang lain," katanya.
Maklumat lanjut mengenai H1N1 boleh didapati menerusi laman web kementerian, di alamat http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200/0300.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan