RONALD MOHONI
PTPTN sinonim dengan graduan. Lebih 90 peratus penuntut IPT memohon PTPTN untuk menampung kos pengajian mereka, namun apabila peminjam tersebut telah berjaya menamatkan pengajian, ramai peminjam tidak membayar pinjaman mereka. Persoalannya, kenapa peminjam tidak dapat membayar pinjaman?
Saya ada seorang rakan. Beliau pemegang Diploma Pengurusan dan berkerja di sebuah supermarket di Sabah sebagai Pembantu Jualan (Bukan senang mahu cari kerja) dengan gaji RM550 sebulan (sebelum ditolak EPF). Dengar khabar, baru-baru ini beliau telah menerima surat dari peguam yang dilantik oleh PTPTN.
Soalan saya kepada kerajaan, adakah dengan gaji RM550 maka seseorang itu mampu membayar pinjaman minimum RM50 sebulan? Seperti yang kita ketahui, sekarang ini semua barang keperluan telah naik, sewa bilik pun naik, tambang pun naik. tapi gaji hanya naik sedikit sahaja.
Saya rasakan, lebih baik mansuhkan PTPTN dan Gantikan dengan Biasiswa. Jika tidak, kerajaan BN bersedialah untuk tumbang di PRU-13 kerana saya percaya isu PTPTN akan menjadi salah satu manifesto Pakatan Rakyat PRU-13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan