Gejala sosial oh gejala sosial. Makin ada usaha dibanteras, makin menjadi-jadi. Baru-baru ini, kita digemparkan tentang trend semasa gejala sosial di Malaysia apabila sebuah sekolah di Rawang yang mana sesetengah budak sekolahnya masih berhingus lagi tetapi bergalak samseng, kononnya merekalah jaguh, merekalah “taiko” di sekolah dan pelajar-pelajar “lemah” akan tunduk kepada mereka. Lain yang disuruh, lain yang mereka belajar….
Adakah apabila terdedah kes-kes seperti ini baru pihak-pihak berwajib baru nak terhegeh-hegeh memantau gejala sosial di Malaysia yang terus menjadi hiasan di dada-dada akhbar dan juga siulan masyarakat hari ini?
“Pelajar-pelajar sekolah Menengah tersebut ketakutan dek kerana apabila tiap kali tiba di sekolah akan menanti pelajar-pelajar samseng aka “taiko” menuntut wang perlindungan bermula dari RM8 ke RM36″
Serba boleh mereka ini. Rakan-rakan mereka lain mempunyai impian dalam menggalas tanggungjawab besar memimpin negara pada masa hadapan, tetapi pelajar samseng di sekolah ini terlibat aktif dalam kegiatan Triad (kongsi gelap), pengedaran ubat (ganja, ketamin dan Eramin 5), alkohol dan serangan seksual di sekolah. Natijahnya, guru yang sepatutnya mengawal keadaan di sekolah tersebut telah “tewas” dengan sekumpulan pelajar samseng yang sedang bermaharajela di sekolah tersebut.
Terbalik pula, guru-guru telah takut untuk membanteras dan mengambil tindakan. Ini respon ahli parlimen Rawang, Gan Pei Nei :
“Malangnya tiada yang mengemukakan sebarang aduan supaya kami dapat mengambil tindakan lebih lanjut. Lagipun kami dia tidak dibenarkan untuk berhubungan langsung dengan sekolah-sekolah walaupun menjadi ahli parlimen untuk daerah tersebut kerana prosedur pentadbiran”
Yang ahli parlimen satu hal, mana pula polis Rawang? Nak cari polis Rawang? Senang…………Cuba anda pandu di leburaya sekitar pukul 9 pagi ke atas, anda mempunyai peluang cerah mencari anggota polis yang sedang sibuk tunggu bawah jambatan di lebuhraya berdekatan dengan exit rawang, lengkap dengan kamera tangkap pesalah yang memandu melebihi kelajuan.
“Agak-agaknya gejala sosial di Malaysia sekarang ini perlu ker mencapai “klimaks dan kemuncak” seperti dalam filem Anakku Sazali baru nak bersungguh-sungguh membanteras?”
“Sayang anak, tangan-tangankan”
Mana perginya ibu-bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang berlagak samseng seperti ini? Terlampau sibukkah ibubapa ini? Belum bertimbunkah jongkong emas dan wang ringgit di rumah ibu bapa ini? Atau tersalah didikan anak-anak mereka ini?
Sebelum saya meneruskan kepada asal tajuk artikel hari ini, iaitu Gejala Sosial di Malaysia, di manakah penyelesaian? Anda dijemput semak artikel ini, punca gejala sosial di Malaysia? Yang pastinya semua ibubapa pasti mahukan zuriat yang membesar sehingga menjadi manusia yang berguna kelak pada mata masyarakat yang akhirnya “penat lelah” dan pengorbanan ibubapa menjadi menjadi satu kepuasan.
Okey….dalam kita sibuk menghentam dan mengkritik Yahudi kerana kekejaman mereka terhadap saudara kita di bumi Palestin, mereka dalam diam-diam mempelajari cara mendidik anak-anak mereka mengikut apa yang diajar oleh Islam dan amalan Rasullullah sehingga berjaya melahirkan Yahudi Bijak. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang :
Daripada bidang kejuruteraan, hiburan, saintis, makanan, dan perniagaan. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Contohnya :
- Haus, mengidam nak minum air bergas (Jumpa Coca-Cola)
- Anak-anak sekarang menangis nak makanan segera ( Jumpa McDonald)
- Lepak dengan kawan-kawan atau bincang bisnes MLM (Jumpa di Starbuks)
- Nak kulit mulus untuk bayi anda ( Johnson & Johnson)
- Nak berhibur dengan rancangan-rancangan di kaca televisyen? (ramai yang yang tengok rancangan keluaran Disney)
- Ramai yang sudah ada komputer peribadi (ramai juga yang guna jenama Dell)
- Ha….minta keluarkan telefon bimbit anda? (Ada yang pakai Nokia)
- Tekak haus pula, bancuh susu (keluaran Nestle)
- Cantik Jeans. Pusing sikit. Jenama apa? (Hehe….Levis)
- Dan macam-macam lagi…..
Antaranya cara dan langkah penyelesaian dirasakan dapat menyelesaikan gejala sosial di Malaysia (Yang kurang anda boleh tambah diruangan komen di bawah) :
1) Wanita Yahudi misalnya mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.
2) Berminat saya dengan kata-kata Dr Mohd Fadzilah yang mana beliau pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil.
- “Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan.
3) Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah ‘hypnagogic moment’ iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur. Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
“Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anak-anak akan menurut apa yang dikatakan.”
4) Yang ibubapa pula, janganlah kerap menegur anak-anak dengan mengeluarkan perkataan negatif ketika marah. Sebabnya……..kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak.
5) Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
6) Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
7) Amalkan dan berikan kepada anak-anak anda dengan makanan yang berkhasiat seperti :
- Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
- Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
- Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
- Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
- Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
8) Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang seorang ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Untuk apa mereka buat seperti ini? Ini untuk anak mereka yang masih di dalam kandungan. Melatih otak anaknya, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
9) Melihatkan pemakanan pula si ibu di Israel sejak awal mengandung mereka gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan apabila tiba waktu tengah hari makan utama mereka
- Roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang
- Daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
- Pengambilan pil minyak ikan oleh ibu-ibu di Israel semasa mengandung
10) Kalau makan malam pula, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama boleh mengakibatkan kerosakan pada usus dek kerana tindakbalas biokimia yang terhasil apabila berlaku campuran antara makanan laut dan darat. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
11) Mereka juga gemar memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
- Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan anak-anak mereka terutamanya merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.
12) Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA walaupun pemilik pengeluar rokok terbesar di dunia adalah……………………..(cuba teka?)
- Cuba beli rokok di Indonesia & kemudian beli pula rokok di Singapura. Harga? Kemudian bezakan pula, pencapaian akademik, pemikiran dan teknologi mereka?
13) Daripada sekecil-kecil perkara termasuk pemakanan diambil berat oleh kaum Yahudi. Bagi mereka ia sangat-sangat penting dalam perkembangan anak-anak mereka. Apabila anak-anak Israel ini masuk pula di tadika, mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak
- Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.
14) Kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris
15) Dalam pada itu sukan juga tidak diketepikan oleh kaum Israel yang menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Okey…kita topik sekejap, dan saya cukup bersetuju dengan cadangan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dengan slogan “1Pelajar, 1 Sukan” yang mana setiap pelajar daripada peringkat rendah lagi diwajibkan memilih satu sukan untuk diceburi.
- Kata masyarakat Israel, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus dalam sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.
16) Apabila remaja Israel ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke pusat pengajian yang lebih tinggi di Politeknik dan Universiti.
- Kanak-kanak kita pula hari ini sudah terdidik dengan perkataan “Jangan, Jangan & Jangan”. Sedangkan pada waktu kanak-kanak itulah adalah proses pembelajaran terbaik dalam pada masa yang sama kita pantau dan terus memberikan penjelasan kepada mereka. Itu yang ada remaja yang belum cukup akal masuk alam sekolah menengah, memberontak!! Dapat pula kawan yang pandai memujuk anak anda ke jalan yang salah. HANCUR!!
17) Fenomena yang berlaku Fakulti perniagaan, Israel mereka sangat serius tentang perniagaan. Apabila tiba tahun akhir diuniversiti, para penuntut dikehendaki melakukan projek, dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka (10 pelajar setiap kumpulan) memperolehi keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itu realitinya.
- Tidak hairanlah Yahudi berjaya menguasai ½ perniagaan di dunia! Contohnya, Levis ialah ciptaan dari Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
18) Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka
- Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala supaya dapat mensimulasikan otak kita untuk bertambah aktif.
19) Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir daripada jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan merekaa untuk memastikan yng perniagaan mereka menurut landasan yg betul.
- Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di dunia adalah di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
- Di Malaysia pula jika Saintis contohnya ingin mendapat geran masih lagi terhimpit dengan masalah biokrasi
20) Ada pula kenyataan daripada seorang Menteri Perlancongan, Dato Seri Ng Yen Yen yang mengatakan pelancong asing ramai datang ke Malaysia disebabkan hebatnya kelab malam di Malaysia ketika menteri tersebut dalam usaha merangka penempatan semula kelab malam. Aziz Desa pun tak setuju kenyataan seperti ini semasa rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 sebelum ini. Apakah Malaysia “haus” sangat dengan idea untuk menarik pelancong asing?
21) Kalau di rumah tu, cuba sekali-sekali selongkar di dalam beg anak anda, bawah katil di sekitar bilik anak anda. Biar “jumpa” dan sedar sekarang, jangan apabila anak sendiri dah kena kantoi dan rosak, baru nak mengeluh. Tidak mengapa penat, sekali-sekala perhatikan gerak-geri dan pergerakan ank-anak anda di luar sana, apa yang mereka buat. Dengan siapa mereka berkawan. Malam-malam apa yang anak anda buat.
“Cabaran ibu bapa sekarang tidak sama dengan situasi dengan ibubapa dahulu”
22) Ibubapa pula jangan nak lepas tangan kepada guru-guru semata. Bekerjasamalah dengan guru-guru tentang perkembangan anak anda di sekolah. Belajar macam mana. Tingkah laku bagaimana? Sokongan dan bantuan yang mana guru-guru pelrukan daripada ibubapa.
23) Penyelesaian tentang gejala sosial di Malaysia tidak juga akan berjaya tanpa penguatkuasaan yang lebih proaktif dan solid daripada pihak berkuasa. Sokongan pihak berkuasa juga sangat-sangat penting.
Walaupun apa-pun gejala sosial di Malaysia mampu dikurangkan daripada masa ke semasa bermula dengan didikan yang sempurna daripada kedua ibubapa secara berterusan. Yang pastinya melahirkan anak dan mengasuh sehingga manusia yang berguna kepada masyarakat kelak bukanlah suatu yang mustahil dan tentunya bukan boleh direalisasikan dalam tempoh semalaman, ianya memerlukan masa dan pengorbanan.
Masalah belum terlambat jika bermula daripada sekarang, kita akhirnya nanti mampu melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan