HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Mei 2010

Judi berlesen tidak halang judi haram



SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Pas kesal terhadap kenyataan kerajaan bahawa judi bola sepak Piala Dunia 2010 secara haram akan lenyap dengan adanya judi bola sepak berlesen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian kerajaan itu disokong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola sepak tanpa lesen.

Beliau berkata, ini bermakna sindiket perjudian tanpa lesen itu akan terus bergiat walaupun judi bola sepak berlesen diluluskan kerajaan.

"Ini menunjukkan kenyataan kerajaan sebelum ini meleset, kerana sebenarnya yang dapat disimpulkan ialah kerajaan dan Umno tidak mendapat apa-apa sumbangan dari sindiket perjudian tanpa lesen,” katanya.

Beliau juga mempertikaikan mengapa polis juga bersetuju dengan pemberian lesen judi bola sepak walaupun ianya akan memberi kesan buruk kepada masalah sosial dalam negara seperti jenayah rompak, ragut dan bunuh.

”Bertambahnya kegiatan judi melalui sukan bola sepak akan menyebabkan rakyat jadi malas kerana bergantung pada nasib dan akan lahir ramai penganggur yang hanya mengharapkan wang daripada berjudi, keruntuhan institusi keluarga juga akan meningkat,” katanya.:

Pada 11 Mei lalu, Kementerian Kewangan secara rasminya meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 mulai Jun ini kepada Kumpulan Berjaya.

Sehubungan itu, pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia itu bermula nanti.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa tiada kesedaran seperti ini sebelum pembentukan malaysia atau sebelum bermulanya premis2 4D.. kenapa hangatkan isu ini sekarang seperti hangatnya pilihanraya baru2 ini.. adakah judi yang bermula sebelum pilihanraya boleh diterima? sudah tentu tidak.. oleh itu, semua negeri perlu mengambil langkah mengharamkan semua aktiviti judi bukan hanya tertumpu kepada judi bola sahaja.

langsat berkata...

bagi saya, judi bola ni janganlah dipolitikkan dan dikaitkan dengan isu agama. walaupun negara kita adalah negara rasminya islam tetapi masyarakat yang tinggal disini adalah berbilang agama dan bangsa. sukar untuk kita mengetahui siapa yang melakukan judi bola ni atau tidak? dan mengharamkan judi bola ni sebenarnya bukanlah boleh menyelesaikan isu judi bola yang berlaku di malaysia ni. semakin kerajaan mengharamkan semakin banyak lagi yang sudah pasti berjudi secara tidak sah. alaa macam rokok, walau macammana sekalipun kerajaan cuba untuk memberi kesedaran pada para perokok akan bahaya rokok dan juga menaikkan harga cukai rokok 100%, semakin banyak pula didengari rokok seludup di sana sini...pemberian lesen adalah satu cara kerajaan dapat memantau pergerakan judi bola ini!

POP berkata...

Memang tidak pernah berubah apa-apa pun. Kecewanya saya. Kerajaan perlulah fikir ttg hal ni sebelum membuat keputusan yg terbaik untuk mengelakkan masalah buruk.

Tanpa Nama berkata...

pemberian lesen judi oleh kerajaan adalah untuk memudahkan kerajaan memantau kegiatan judi di negara kita dan juga untuk mengelakkan berlakuknya judi haram semasa piala dunia bola sepak Jun ini, namun ia tdak menjamin bahawa ia dapat menghalang judi haram daripada berlaku. judi tetap aka nberlaku samada ia haram ataupun tidak.. diharap kerajaan dapat menimbang balik perkara ini.

somboi berkata...

pemberian judi haram ini tidak dapat menjamin bahwa judi haram tidak akan berlaku, namun ia aka ndapat mengurangkan kegiatan judi haram. bagaimanapun kerajaan haruslah menimbang semula pemberian lesen ini kerana bimbang ia akan memberi lebih banyak kesan negatif kepada moral masyarakat kita.. suara rakyt perlu didengar.

tombolo berkata...

ya.. betul tu.. judi boleh memberi kesan negatif kepada masyarakt kita, bagaimanapu ramai juga orang yang berjudi pada masa kini, pemberian lesen judi adalah untuk memgelakkan berlakunya judi haram. ia juga memudahkan kerajaan memantau kegiatan judi dinegara kita..

Tanpa Nama berkata...

Tak payahlah politikkan judi bola ni bah.. aduuii mcm takda isu lain oo..

Tanpa Nama berkata...

Saya tak nafikan judi boleh alpakan individu.. Tetapi semuanya tu terpulang pada kita sendiri bah. Even kerajaan tak bagi lesen pun, judi tetap akan ada..
so pandai2 lah fikir kio.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat drupadia... Manusia ni, apa yg dilarang itu jugalah benda pertama yg dibuat. Bah, harap2 bila dah ada lesen, kurang sikit la minat masyarakat utk berjudi (harap-haraplah) hehehehehe.

Tanpa Nama berkata...

Somboi & urangulama, ada btl juga tu pa kamurang cakap... dgn adanya pemberian lesen at least kerajaan dapat pantau aktiviti judi di negara kita kan :)

Tanpa Nama berkata...

Apapun, tak sabar mo tunggu FIFA2010 :) hehhehehee.\
Judiatau tak, berlesen @ haram - lantaklah!!!
Yg penting bola :)