| BERNAMA | ||
| |
"Kita perlu menyiasat sebab berlakunya kerugian itu terlebih dahulu. Kita tidak boleh berbuat apa-apa mengenai kebertanggungjawaban pada masa ini," kata Perdana Menteri.
Najib mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa tanggung jawab terhadap kerugian di dalam Projek Bakun perlu dikongsi oleh semua pihak yang terbabit di dalam isu itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru Utusan Melayu di Kuala Lumpur hari ini.
Semasa mengumumkan kerugian berkenaan pada minggu lalu, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid, untuk bercuti.
Ia melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pemangku CEO Kumpulan sementara.
1 ulasan:
ya.. siastan perlu dilakukan dulu dalam mengenal pasti punca kerugian yang dialami oleh Sime Darby.. perkara ini perlulah disiasat dengan teliti agar tidak. ini bagi memastikan samada kerugian itu berlaku disebabkan penyelewengan ataupun tidak.
Catat Ulasan