HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Mei 2010

Kerajaan perlu dengar suara rakyat - Pak Lah


ABDULLAH Ahmad Badawi melihat isterinya, Tun Jeanne Abdullah diperiksa tekanan darah oleh Mazniza Abdul Zahid selepas merasmikan Program Mai... Riuh di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

BERNAMA

KEPALA BATAS - Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam, agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai... Riuh di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata, Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata, perkara itu perlu dibendung.

"Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

3 ulasan:

tombolo berkata...

kata-kat pak lah itu benar, kerajaabn seharusnya mendengar pendapat rakyat sebelum meluluskan lesen perjudian. tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian ini telah mendapat tentangan daripad rakyat kerana ia dipercayai boleh mewujudkan kesa negatif kepada masyarakat. oleh itu, diharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perlu mengambil suara rakyat bagi memastikan sejauhmana mereka bersetuju dengan lesen judi yang dililuskan kerajaan. ini selaras dengan dasar demokrasi yang diamalkan di negara ini.

karaabau berkata...

kerajaan perlu dengar suara rakyat...saya setuju dengan kata2 pak lah...disebabkan itulah negara kita membentuk Parlimen (Dewan Rakyat)..harus mengambil kira kepentingan rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri..