| Oleh: SURIATI MAHMUD PARA pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah disaran agar tidak berkelakuan seperti Burung Unta (Ostrich) yang suka menyembunyikan kepala ke dalam pasir tetapi membiarkan badan dilihat orang. “Walaupun kita tewas di Sibu tetapi tidak sampai menyebabkan kita mengalami hakisan pengaruh di Parlimen tetapi amat mengesankan kepada kegelinciran moral para penyokong BN,” tegas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K.Liew. Sehubungan itu kata Liew, pemimpin BN tidak boleh membohongi diri sendiri dan berkelakuan seperti Burung Unta kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya membiarkan isu kecil berlarutan sehingga menimbulkan 'sengketa senyap' (cold war) yang berpanjangan. “Sebaliknya, kita harus menghadapi realiti untuk menyelesaikan masalah yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Isu penting seperti gejala rasuah, harta yang diperolehi secara tidak sah dan penyalahgunaan kuasa sesetengah pihak harus diatasi segera,” ujar V.K.Liew yang menegaskan teguran Timbalan Presidennya adalah secara berhemat dan berlandaskan konsep Barisan Nasional yang diamalkan selama ini. V.K.Liew mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Mohd Salleh Tun Said yang membidas kenyataan Timbalan LDP, Datuk Chin Su Phin semalam yang menggesa pemimpin BN pusat agar berhenti melayan Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetapnya' dan mendakwa BN Sabah sedang menghadapi krisis kepimpinan. “Apa yang disampaikan Datuk Chin adalah teguran ikhlas dan tidak ada niat lain. Harap tidak ada pihak dalam BN yang harus mempertikaikan kenyataan ikhlas berkenaan,” ujar V.K.Liew yang yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri mengatasi isu ini dan meminta pemimpin BN tidak melatah; sebaliknya menghadapi realiti dan memberitahu keadaan sebenar kepada Perdana Menteri. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 20 Mei 2010
LDP BUKAN SEPERTI BURUNG UNTA!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
teguran dan kritikan lah yang akan membawa perubahan...namun ianya adalah pilihan sama ada perubahan yang baik atau sebaliknya...kritikan Datuk Chin adalah bertujuan untuk menyedarkan sesetengah rakan seperjuangan dalam parti yang masih 'tidur' setelah apa yang berlaku dalam PRK Sibu baru2 ini...seharusnya kritikan ini perlu diambil sebagai satu teguran yang membina untuk pencapaian yang lebih baik dan bukan dipandang negatif...masalah2 yang dihadapi rakyat harus diselesaikan segera agar kepercayaan dan keyakinan rakyat tidak akan berpindah pihak..
ya.. para pemimpin BN perlu lebih fokus kepada kepentingan rakyat, kritikan yang diberikan oleh Datuk Chin Su Phin haruslah dipandang secara positif kerana ia merupakan kritikan membina.
para pemimpin BN seharusnya lebih bersatu dalam menguatkan jentera mereka, mereka seharusnya lebih bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka. masalah-masalah rakyat harus diutamakan dan diselesaikan..
hanya 1 cara sahaja bagi BN terus menjadi kerajaan pada PRU13 nanti iaitu memenangi hati rakyat...rakyat akan beralih arah sekiranya kerajaan masa kini tidak dapat membantu menyelesaikan masalah2 yang dihadapi seperti pendatang haram terutama di Sabah...oleh itu, adalah amat perlu bagi parti2 komponen BN bertindak secara proaktif, lebih sensitif dan tegas untuk menyelesaikan isu2 berkaitan dengan rakyat dan bukannya isu kepentingan sendiri...rakyat kini sudah mula menunjukkan kesangsiannya terhadap kemampuan kerajaan seperti mana apa yang berlaku di PRK Sibu lalu..
saya amat bersetuju bahawa BN perlu menghadapi realiti bagi menyelesaikan masalah yang memberi kesan kepada rakyat. teguran seperti ini tidak perlu dilihat sebagai ancaman malah patut diterima dengan hati yang terbuka untuk jadi yang terbaik.
sepatutnya tidak perlu ada kenyataan seperti ini dalam media, kerana semua parti komponen BN boleh duduk bersama bagi membincangkan masalah2 dalaman. daripada berbalas2 teguran, lebih baik sama2 selesaikan isu2 yang berlaku di sabah.
Catat Ulasan