| Oleh: JAIKOL MALINGGAU YAYASAN Warisan Borneo (BHF) membantah sekeras-kerasnya pewujudan Jabatan Kemajuan Luar Bandar (JKLB) atau setaraf dengannya yang ditubuhkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk menjalankan pengagehan dan pemantauan projek KKLW di Sabah. “Tindakan ini mencabul persetujuan 20 perkara berhubung Borneosasi dan maruah rakyat Sabah yang dilayan sebagai warganegara kelas ketiga,” tegas Pengerusinya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menyifatkan pengwujudan KKLW di Sabah sebagai mencabul Perlembagaan Negeri dan Persekutuan. Dr Jeffrey yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan tindakan ‘kurang ajar’ Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melantik 20 orang pegawai baru untuk menganggotai JKLB yang baru ditubuhkan secara ‘tidak bertamaddun’ di Sabah. Penubuhan JKLB ini kata Jeffrey adalah didorong oleh sifat tamak dan rakus Shafie untuk merampas kuasa politik di Sabah melalui ‘persengketaan’ dan bukannya dengan permuafakatan seperti yang diwar-warkan Barisan Nasional (BN) selama ini. “Memang wajar tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menghalang Shafie menggunakan Pejabat Daerah sebagai medan menghambur projek Kerajaan Persekutuan terutama KKLW yang diterajuinya. Bukankah Sabah sudah mempunyai Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS)?,” tanya Jeffrey sambil menyifatkan penafian tugas JPNS sebagai usaha menghidupkan semula Jabatan Pembangunan Persekutaun Sabah (JPPS) yang dimansuhkan atas desakan rakyat Sabah. Jeffrey mengingatkan agar semua Menteri daripada Semenanjung Malaysia, baik yang berasal daripada Sabah agar tidak mencabul hak Sabah untuk mendapat layanan sama rata dan berkuasa menentukan pembangunan di negeri mereka sendiri. Sehubungan itu, Jeffrey mendesak agar Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meluluskan sebarang ‘establishment’ jawatan yang cuba diwujudkan KKLW di Sabah kerana JPNS sudah mampu melaksanakan segala tugas pengagehan dan pemantauan projek pembangunan selama ini. “Saya harap Shafie bersabar dan tidak berpolitik dengan rakyat kerana tindakannya menubuhkan JPLB bolehlah disifatkan sebagai ‘membakar jambatan’ yang telah sedia dibina selama ini,” ujar Jeffrey yang menggesa agar Ketua Menteri Sabah menjaga hak Sabah yang cuba dirampas Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai cara termasuk pengurangan peruntukan dan penghakisan kuasa eksekutif. |
HALAMAN SANTAI
Khamis, 20 Mei 2010
YWB BANTAH PENUBUHAN JPLB (KKLW) DI SABAH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
sewajarnya hak sabah harus dipertahankan...hak sabah tidak seharusnya dicabuli oleh mana2 pihak baik kerajaan atau pembangkang...pencabulan hak sabah adalah perkara yang serius...pada masa akan datang, diharap mana2 pihak agar tidak mempolitikkan dan menyeleweng semata-mata untuk kepentingan peribadi..
perbincangan perlu diadakan dalam menyelesaikan perkara ini.
tidak perlu ada 2 jabatan yang menjalankan tugas yang sama.. seolah2 shafie telah menafikan keberkesanan JPNS dan membelakangkan pandangan pihak lain terutama pemimpin2 sabah.
penubuhan JKLB boleh menimbulkan pandangan negatif sedangkan JPNS masih diterima dan beroperasi di sabah. walaupun shafie berhak memandangan ia dibawah kuasa kementeriannya namun beliau tidak boleh membelakangkan KM dan perlu meminta pandangan KM terlebih dahulu.
shafie perlu beri penjelasan rasional disebalik penubuhan JKLB ini. kita tidak mahu jabatan ini ditubuhkan untuk kepentingan beliau dan membawa kesan buruk kepada sabah kelak. diharapkan jabatan ini tidak ditubuhkan sewenang2nya tanpa melalui persetujuan majoriti.
Catat Ulasan