HALAMAN SANTAI

Sabtu, 22 Mei 2010

Lesen perguruan untuk guru

KOTA BHARU - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.

"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.

Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.

Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.

Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.

"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.

"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.

Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.

Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.

11 ulasan:

tombolo berkata...

cadangan membuat lesen perguruan ini adalah baik. ia dapat mengekalkan integriti guru di negara ini dala memastikan kepercayaan orang ramai terhadap guru terus kukuh. pada masa yang sama ia memudahkan kita memantau pergerakan guru-guru di malaysia.

karaabau berkata...

lesen perguruan ini adalah satu langkah di mana dapat meningkatkan intergriti guru...selain itu, lesen ini juga bertujuan untuk memastikan guru sentiasa bertanggungjawab dan mana2 guru yang melakukan kesalahan, lesen ini akan ditarik balik dan perkhidamtannya akan digantung...secara peribadi, saya setuju dengan cadangan kerajaan ini di mana bertujuan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat kepada profesion perguruan untuk mendidik dan membimbing anak2 Malaysia...

POP berkata...

Now the people can look up at them as they need to have qualified license from the professional to determine whether they are qualified to be a teacher. They can have the standard as doctors and lawyers too!! That's a good move but just hope the same incident won't happen after a male teacher did to those students.

Tanpa Nama berkata...

cadangan yang baik untuk memberi lesen perguruan kepada guru-guru, dengan adanya lesen ini.. kita daapt memantau guru-guru dan seterusnya dapat meningkatkan integriti guru, bagi kes yang berlaku disarawak itu, ia merupakan satu perbuatan yang tida kbermoral dan menjejaskan imej guru.. namum ia tidak bermakna semua guru-guru bersikap begitu. guru adalah pemangkin masa depan generasi muda.

somboi berkata...

diharap dengan pemberian lesen ini integriti guru-guru dimalaysia akan bertambah baik.. kes pencabulan anak murid oleh guru tidak seharusnya berlaku, guru merupakan pendidik yang akan membimbing pelajar menjadi insan yang berguna.. diharap masyarakt tidak memandang serong kepada para guru hanya kerana kejadian sedemikian

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan cadangan kementerian pelajaran.. diharapkan pelaksanaannya benar2 dapat mengekalkan integriti guru dan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap guru. guru sebagai pendidik patut memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat. oleh itu amat wajar cadangan ini diluluskan segera.

Tanpa Nama berkata...

wa bagus juga idea ni. Taraf guru pun dapat ditingkatkan... sekurang-kurangnya, kalau ada lesen guru akan lebih berwibawa (sesuai dgn lesen yg dimiliki) utk meneruskan perjuangan mendidik anak murid :)

Tanpa Nama berkata...

Betul uranglama.. harap2 pemberian lesen ni dapat mengukuhkan lagi kepercayaan ramai pihak terhadap kredibiliti guru :)

Tanpa Nama berkata...

Setuju POP :) Bagus ba dapat lesen ni, mcm berada dalam golongan pro tahap dewa. hehehee
Bayangkan ja lah level guru tu sebaris dgn lawyer & doktor.. fuhhyooooo, mantap lah.

Tanpa Nama berkata...

Ya samanda. saya harap pemberian lesen ni tak disalahgunakan bagi memastikan matlamat utama pemberian lesen ni tercapai.

Tanpa Nama berkata...

Sokong 2718. Saya pun harap plan ni dapat dilaksanakan segera. Good luck gov :)