KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berang dengan syarikat kontraktor yang sehingga kini gagal membaik pulih bumbung dewan bedah Hospital Setiu yang bocor dan tidak dapat digunakan walaupun ia siap dibina tujuh tahun lalu.
Lebih mengecewakan Ahmad apabila masalah itu pernah dibangkitkannya pada Januari lalu dengan harapan tindakan segera diambil pihak berkenaan, namun sehingga sekarang ia masih gagal ditangani.
"Cuai, tidak bertanggungjawab dan memalukan. Saya tak boleh maafkan perkara yang berlaku ini,'' katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Ahmad seterusnya mempersoalkan kegagalan pihak berkenaan termasuk Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesihatan dan kontraktor terbabit bertindak sewajarnya membaiki bumbung dewan bedah itu dalam tempoh tujuh tahun selepas hospital tersebut siap pada 2003.
Tegas beliau, sepatutnya pihak berkaitan seperti jurutera, arkitek serta doktor pakar berbincang bagi menetapkan spesifikasi yang diperlukan dan sesuai sebelum bangunan hospital yang menelan kos RM65.7 juta itu dibina.
"Mesyuarat Exco hari ini melahirkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku di Hospital Setiu. Setelah tujuh tahun siap, dewan bedah hospital itu masih belum dibaiki hingga kini.
"Kenapa dalam masa tujuh tahun pihak yang bertanggungjawab tak ambil tindakan serius. Mereka gagal ambil tindakan proaktif. Cuai, tak bertanggungjawab dan memalukan," katanya.
Ahmad berkata, akibat kebocoran bumbung dewan bedah itu, pembedahan pesakit terpaksa dilakukan di hospital lain seperti di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Hospital Besut dan hospital di Kelantan.
Mengulas mengenai kebocoran itu beliau menjelaskan, masalah itu disebabkan rekaan bumbung yang gagal menepati spesifikasi selain masalah takungan air yang mengakibatkan sebahagian besar bumbung bocor.
Ahmad turut berharap pihak berkaitan terutama Kementerian Kerja Raya mendesak kontraktor terlibat supaya bertindak segera membaiki masalah kerosakan bumbung hospital itu demi kepentingan orang ramai.
Dalam pada itu, mesyuarat bersama Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan negeri pada 13 April lalu merumuskan masalah itu disebabkan oleh empat perkara iaitu:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan