HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 Mei 2010

‘Melayu Bangkit’ Rasis – Pemuda akan buat laporan polis


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita25/su-dppnt.jpgKUALA TERENGGANU – Kontroversi menjadikan tarikh 13 Mei sebagai tarikh program ‘Melayu Bangkit’ anjuran sebuah NGO Umno akan dilaporkan kepada polis pada Rabu, 12 Mei.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abas memaklumkan demikian dalam satu sebaran SMS kepada pihak media semalam.

Menurutnya, progam ‘Melayu Bangkit’ yang dianjurkan oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat Terengganu (GERTAK) adalah satu program rasis yang berbaur hasutan.

Katanya, Pengerusi Gertak, Razali Idris secara terbuka sebagaimana disiarkan sebuah akhbar semalam menyatakan tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

“Ketua Pemuda, Ustaz Mohd Nor, telah pun mengeluarkan kenyataan berkaiatan perkara tersebut, beberapa hari lalu,

“Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali turut menggesa supaya program tersebut dibatalkan kerana ia adalah satu program rasis,”katanya ketika dihubungi.

Justeru, katanya, Dewan Pemuda PAS Terengganu akan membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu pada jam 9 pagi, Rabu, 12 Mei.

Beliau turut mempelawa kepada semua individu yang prihatin untuk sama-sama hadir memberi sokongan moral.

Tiada ulasan: