| BERUCAP....Au kelihatan berucap di majlis sesi dialog dengan bakal mangsa-mangsa ruboh dan turut hadir Ampong. Oleh :SHAIMON S JUMADI SERAMAI 140 keluarga rakyat tempatan yang membabitkan 100 buah rumah bakal kehilangan tempat tiga minggu lagi dari sekarang kerana mereka sudahpun menerima notis roboh daripada pihak yang berkenaan. Pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) atas arahan pihak pemilik tanah di kawasan perkampungan setinggan khususnya di Kampung Sentosa Jaya Batu 3, Jalan Utara, Sandakan sudahpun mengeluarkan notis roboh kepada penduduk terbabit supaya mengosongkan rumah-rumah mereka sebelum 1 Jun ini. Dalam pada itu Wakil Rakyat kawasan Elopura Au Kam Wah bersama Ketua UMNO Bahagian Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyun dalam dialognya dengan bakal mangsa roboh itu antara lain mereka menyatakan akan membantu mendapatkan rumah di kawasan berhampiran Kem Tentera iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR). Jaminan ini telah diberikan oleh kedua-dua pemimpin BN berkenaan, namun persoalannya adakah ini akan menjadi kenyataan mereka mendapat kediaman yang lebih selesa? Kampung Sentosa Jaya wujud pada tahun 1979 di mana penduduknya 60 peratus adalah terdiri daripada rakyat tempatan dan selebihnya bumiputera celup dan telah mendiami kampung tersebut hampir 30 tahun. ADUN Elopura dan Ketua UMNO Bahagian itu amat simpati terhadap fenomena tersebut, tetapi apakan daya kerana kawasan tanah yang diduduki sekarang terlibat dengan pembangunan infrastruktur. “Kita tidak boleh menghalang usaha kerajaan untuk membangun kawasan tersebut. Lagipun tanah itu milik persendirian. Apapun saya sebagai wakil rakyat akan berusaha sedaya upaya untuk membantu membantu mangsa-mangsa berkenaan pada masa terdekat ini,” tegasnya. Sementara Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Tan Sri Ampong berkata, memandangkan penduduk-penduduk kampung tersebut 80 adalah penyokong UMNO khususnya BN akan diberi keutamaan mendapat tempat tinggal baru iaitu di PPR di Kem Tentera. “Kita tidak mahu rakyat kita menjadi pelarian di tempat sendiri, cukuplah apa yang sudah berlaku di perkampungan setinggan di BDC pada tahun 2002 di mana rakyat pada masa itu dalam ketakutan kerana dengan drastik pihak MPS telah meroboh rumah-rumah mereka tanpa rasa simpati,” ujar Ampong mengenangkan peristiwa hitam tersebut. Bila kita mengimbas sejenak apa yang telah terjadi pada penduduk-penduduk Kg Perpaduan pada itu, memang betul-betul menyayat hati kerana tangisan demi tangisan dan jeritan di sana sini telah kedengaran di cuping telinga masing-masing. Masa merobohkan rumah-rumah di kampung berkenaan memanglah tiada nyawa yang melayang tetapi harta benda orang habis musnah seperti peti sejuk, mesin basuh, TV dan lain-lain lagi “Saya tidak mahu sejarah hitam yang telah menimpa nasib lebih 1000 penduduk di kampung Perpaduan BDC berulang lagi cukuplah itu sebagai satu kenangan pahit masa silam,” tegas Ampong lagi. Pada menjelang tahun 2015, kerajaan mahu pertumbuhan rumah-rumah haram khususnya setinggan dalam sifar, adakah sasaran dan matlamat kerajaan ini akan berjaya?. Bagi pandangan penulis, jika pertumbuhan rumah-rumah tidak mahu wujud lagi kerajaan mesti mencari jalan altenatif mengatasi masalah ini dengan membina lebih banyak rumah rakyat khususnya di kawasan Elopura. Sebenarnya perkara ini penulis telah bincangkan dengan Wakil Rakyat kawasan Elopura Au Kam Wah, kerana dengan terbinanya rumah PPR itu ia akan menempatkan semula rakyat tempatan yang menjadi mangsa roboh tersebut supaya mereka tidak jadi pelarian di tempat sendiri. Penulis masih ingat lagi semasa mengikuti rombongan turun padang ke Kg Sim-Sim tengah pada bulan februari lepas bersama Tan Sri Ampong menemui penduduk di kampung berkenaan sebelum rumah mereka diroboh oleh pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Ampong marah seraya berkata, “Saya tidak menghalang pihak kerajaan untuk membangunkan projek di kawasan ini tetapi sebelum rumah mereka diroboh carikan dulu tempat baru untuk mangsa-mangsa terbabit tinggal yang lebih selesa.” Apapun saranan Ampong, tidak sia-sia begitu saja kerana lebih 15 keluarga kini telahpun menduduki rumah PPR Gum-Gum. Saya harap ADUN Elopura dapat mengikuti cara Ampong, bukankah di Taman Mesra banyak masih kosong? Rundinglah dengan MPS agar mangsa-mangsa berkenaan tidak kucar kacir mencari tempat tinggal. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 12 Mei 2010
TERBELAKAH NASIB 140 ANAK NEGERI SANDAKAN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
knpa plak d tempat kn di ppr taman murni batu 7 sedang kn hari 2 kmi mau mgisi borng pemohnan d sna xda 0.. borng abis la apa la,mcm2 alasan yg d bri kn oleh pihak mps..
Catat Ulasan