| Oleh : HALIK ZAMAN BARU-BARU ini telah berlangsung satu konvension di Sabah, di mana penceramah yang dijemput seorang professor, Prof. Ramjit Singh. Dalam ceramahnya, beliau menyentuh kedudukan Sabah dalam Malaysia di mana beliau menyatakan bahawa Sabah berada dalam salah satu negeri dalam 13 Negeri dalam Semenanjung ‘Malaya’ yang kini dikenali sebagai 1MALAYSIA slogan ciptaan Najib. Beliau tidak pernah tahu sejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Apakah seorang yang punya level pendidikan yang tinggi seperti Prof Ramjit Singh memberikan ceramah tanpa mengkaji kekukuhan fakta atau kerana title ‘Professor’ di pangkal namanya dia berhak untuk memberikan ulasan tanpa perlu merujuk fakta sebenar? Dalam ulasan beliau, Prof Ramjit Singh telah menyama-ratakan kedudukan Sabah seperti negeri-negeri dalam Malaya. Beliau telah menyelaraskan kedudukan Sabah sama-duduk seperti Perlis yang besarnya lebih kurang Kota Belud itu. Kita sebagai rakyat Malaysia yang arif tentang sejarah pembentukan Malaysia, amat mengesali dengan ulasan yang dibuat oleh Prof Ramjit. Beliau seolah-olah ingin menguburkan fakta sebenar pembentukan kemerdekaan Malaysia bersama Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu @ Malaya. 3 Negara bersatu merdeka membentuk Malaysia. Perlu diperingatkan kembali kepada Prof Ramjit Singh, bahawa dalam permuafakatan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia yang dipengerusikan oleh Donald Stephens pada ketika itu, bahawa satu persetujuan telah dicapai untuk Sabah merdeka bersama Malaysia di mana ianya merupakan gabungan lima buah negara pada persetujuan awal. Negara-negara tersebut adalah Malaya, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Namun begitu, dua dari lima negara ini menarik diri iaitu negara Brunei dan Singapura dikeluarkan dari Malaysia dan yang kekal tidak berganjak dari persetujuan yang dicapai adalah Malaya, Sabah dan Sarawak. Menurut persetujuan dalam Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Negara Malaysia ini, Sabah dan Sarawak tidak pernah disebut akan menjadi sebahagian dari negeri dalam Malaysia, ianya sepatutnya kekal sebagai gabungan tiga negara. Dengan gabungan tiga buah negara inilah maka terbentuknya Malaysia, sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Bila Prof Ramjit mengatakan Sabah merupakan salah satu dari 13 buah negeri di Malaysia, ini bererti Sabah telah kehilangan hak sebenarnya dalam pembentukan Malaysia. Dalam pembahagian keuntungan ekonomi juga, jika menurut teori Prof Ramjit, segala pembahagian ekonomi akan dibahagikan 1/13 dan bukan 1/3 seperti yang sepatutnya persetujuan asal. Malah, PM ‘1Malaysia’ kita juga seakan ingin rakyat Sabah melenyapkan sejarah persetujuan Jawatankuasa Setiakawan Pembentukan Malaysia dengan mewujudkan slogan 1Malaysia. PM kita mahu rakyat Sabah lalai dalam kepastian sebenar hak dan kedudukan Sabah dalam pembentukan Malaysia. Maka kerana itulah Kerajaan hari ini mewar-warkan semangat 1Malaysia secara meluas ke segenap pelusuk Negara supaya rakyat Sabah khasnya akan terus kabur dengan sejarah pembentukan Malaysia dan keuntungan pasti berada di pihak Barisan Nasional. UMNO Sabah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman terus membisu apabila berhadapan dengan hak rakyat Sabah. Kenapa? |
HALAMAN SANTAI
Selasa, 25 Mei 2010
SABAH BUKAN SATU DARIPADA 13?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
semasa pembentukan Malaysia sabah diberi beberapa kuasa autonomi yang tidak terdapat di negeri-negeri lain melalui 20 perjanjian sabah antra sabah dan malaya. perjanjian ini adalah berkenaan hak-hak penduduk sabah apabila menyertai gagasan malaysia. namun pada masa pentadbiran negeri sabah masih lagi terikat dengan semenanjung. hal ini perlu dirujuk semula agar tidak timbul kekeliruan dikalangan penduduk sabah.
jelas dalam Perlembagaan Malaysia mengenai hak sabah dan sarawak dalam Malaysia yang berbeza daripada Malaya...ini menunjukkan sabah dan sarawak mempunyai kuasa autonominya tersendiri..ini terbukti melalui perjanjian pembentukan malaysia di mana, Malaysia dibentuk bersama oleh lima negara...ini bermakna sabah bukanlah salah satu negeri dalam malaysia tetapi adalah 'partner' kepada Malaya, Sarawak, Singapura dan Brunei..
Makin popular cerita ni oo. hehe
Bagi saya, lain org lain pandangannya.. Jadi apa yg penting ialah kita tahu apa yg berlaku dan faham situasi sebenar.
Rasanya cerita ni makin tersebar sbb ada pihak yang mahu rakyat bencikan kerajaan. hhmmm &^$@!!
selama ini saya diberiyahu bahawa sabah merupakan salah satu negeri di malaysia, tp negeri sama mempunyai hak-hak yang tidak terhadap di negeri semenanjung melalui 20 perjanjian sabah. bagaimanapun tak perlulah nak perbesarkan perkara ini, yang penting adalah hak-hak kita sbagai penduduk sabah terjamin dan saya sokong dengan gagasan 1malaysia yang dibentuk untuk memupuk perpaduan dikalangan penduduk malaysia.
selama ini saya diberiyahu bahawa sabah merupakan salah satu negeri di malaysia, tp negeri sabah mempunyai hak-hak yang tidak terdapat di negeri semenanjung melalui 20 perjanjian sabah. bagaimanapun tak perlulah nak perbesarkan perkara ini, yang penting adalah hak-hak kita sbagai penduduk sabah terjamin dan saya sokong dengan gagasan 1malaysia yang dibentuk untuk memupuk perpaduan dikalangan penduduk malaysia.
Prof Ranjit kena ingat, tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak, tidak mungkin Malaysia akan wujud seperti sekarang. Saya rasa dalam kenyataan prof nei ada unsur2 provokasi..hurm..
Prof. Ramjit Singh seharusnya tidak memberikan pernyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar. beliau seharusnya meneliti mengenai kedudukan Sabah dalam MAlaysia sebelum membuat pernyataan tersebut. penyataan beliau telah mengelirukan banyak pihak terutamanya penduduk negeri Sabah.
Catat Ulasan