HALAMAN SANTAI

Isnin, 24 Mei 2010

Selesaikan dahulu masalah pekerja dalam negara - MTUC

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja di dalam negara terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk membawa pulang golongan profesional tempatan di luar negara bertugas di Malaysia.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud berkata, nasib pekerja tempatan masih belum terbela dan perkara itu seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan.

"Perkara utama yang harus diselesaikan kerajaan ialah soal gaji. Sekiranya kerajaan mahu membawa pulang golongan profesional tempatan di luar negara, persoalannya berapa pula gaji yang mahu ditawarkan kepada mereka sedangkan pekerja di dalam negara, gaji mereka masih rendah.

"Golongan profesional tempatan di luar negara sudah pasti mendapat gaji yang tinggi sewaktu bekerja di sana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif baru untuk menarik golongan profesional tempatan di luar negara supaya kembali bertugas di Malaysia bagi menampung keperluan tenaga kerja mahir di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk mengkaji semula dasar berkaitan golongan profesional asing bagi membolehkan mereka bertugas dan turut bersama profesional tempatan menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.

Katanya, antara inisiatif itu ialah peraturan yang lebih selesa untuk golongan profesional sama ada bekas rakyat Malaysia dan keluarga mereka serta warga asing untuk tinggal di negara ini.

Syed Shahir berkata, bagi meningkatkan tenaga kerja mahir di negara ini, beliau mencadangkan kerajaan supaya mengadakan program latihan dan latihan semula yang bersesuaian dengan kehendak semasa ke atas pekerja-pekerja di dalam negara.

"Saya tidak fikir ada masalah untuk pekerja-pekerja sedia ada untuk menerima program latihan dan latihan semula itu.

"Ia wajar dilakukan bagi meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir tempatan dalam negara daripada membawa pulang golongan profesional tempatan di luar negara yang sudah pasti memerlukan kos yang tinggi," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, langkah kerajaan mahu memperkenalkan inisiatif baru itu merupakan usaha yang cukup baik dan perlu disokong tetapi keutamaan seharusnya diberikan terlebih dahulu kepada pekerja tempatan dalam negara.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan giolongan profesional tempatan memilih untuk bekerja diluar negara kerana gaji yang ditawarkan di sana lebih tinggi berbanding di negara kita.. kemahiran mereka miliki amat berguna untuk pembangunan negara kita.. adalah rugi jika ia tidak disumbang kepada negara. kerajaan perlu memcari inisiatif yang boleh menarik mereka untuk kembali bekerja ke dalam negara.

somboi berkata...

ya.. kerajaan harus tingkatkan gaji dalam negara terlebih dahulu jika nak menarik profesional tempatan untuk bekerja dalam negara.. profesional tempatan lebih cenderung untuk bekerja diluar negara kerana gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi..

tombolo berkata...

ya.. kadar gaji dinegara kita masih lagi pada tahap yang rendah.. inilah faktor progesional tempatan pergi bekerja keluar negara.. kerajan perlu mencari inisiatif agar profesional tempatan terus berkhidmat dalam negara. adalah rugi jika kepakaran mereka ini tidak disumbangkan dedalam negara. latiha juga perlu diberikan kepda golongan belia unuk meningkatkan kemahiran mereka dan seterusny menyumbang kepakaran mereka untuk kemajuan negara kita.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Blogger 2718 berkata...

kita masih mampu melahirkan golongan2 profesional di malaysia.. oleh itu kerajaan perlu menstabilkan sektor pekerjaan terlebih dahulu dengan menyelesaikan masalah2 yang dihadapi pekerja2 di malaysia. secara tidak langsung, melihat kepada keberkesanan kerajaan membela nasib pekerja2 ini, maka golongan profesional tadi akan terdorong untuk terus berkhidmat di sini.