| BENGANG.... Uma Dewi sentiasa bengang di Mahkamah kerana sering gagal membalas hujah Ansari (tengah) apatah lagi ketika Chiu (kanan) berkata apa yang disiarkan The Borneo Post adalah benar dalam kes perbicaraan antara OKK Hassnar (atas kiri) dan Lans Koperal Siti Aminah Sidin (tutup muka Ala Michael Chia Tien Foh). Oleh: HAFIZ JAMAIL PERBICARAAN Pendakwaraya Lawan Hassnar Hj Ebrahim melalui kes Jenayah 83-355-2009 telah disambung bicara pada 10 Mei 2010; bermula jam 11.00 pagi di hadapan Majistret Puan Noor Hafiza Bte Mohd Salim. Perbicaraan kali ini telah membuka satu lagi lembaran baru kepada imej Polis yang ketika ini ‘haprak’ menjadi bualan mulut orang ramai akibat tindakan sebilangan anggotanya yang sering saja melepaskan tembakan sesuka hati tanpa mengambil kira keselamatan orang ramai atau ikuti prosedur sewajarnya. Ketika memberi keterangan kepada Majistret di Mahkamah Majistret 3, Kota Kinabalu, seorang saksi tertuduh, Ketua Pengarang The Borneo Post, Chiu Nai Wen selaku, memberi tahu Mahkamah bahawa kandungan laporan akhbar mengenai tindakan seorang anggota Polis enggan membenar seorang pengadu membuat laporan polis seperti di siar The Borneo Post pada 11 Septembr 2007 adalah benar. Chiu, disapena untuk menghadirikan diri dalam perbicaraan, merupakan saksi pertama OKK Hassnar B M.P Ebrahim yang didakwa atas tuduhan berbunyi; “Bahawa kamu pada 10 September 2007, jam lebih kurang 1.00 petang, bertempat di kaunter pertanyaan Polis, Balai Polis Karamunsing, dalam daerah Kota Kinabalu, di dalam Negeri Sabah, telah berkelakuan tidak senonoh atau aib dengan berkata “kamu tu Polis, hanya tahu tembak orang saja dan tidak payah kamu mengucap kerana tuhan kamu hanya mahu terima rasuah sahaja” kepada L/Kpl Siti Aminah Bte Sidin No. Polis / R 132553. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 90, Akta Polis 1967.” Kandungan Akhbar The Borneo Post siaran 11 September 2007 memuatkan berita bahawa seorang pendudok tempatan menunggu selama lebih tiga jam untuk membuat satu laporan polis kerana anggota Polis yang bertugas di kaunter tidak membenarkan pengadu membuat laporan. Pengadu merupakan seorang kakitangan OKK Hassnar Hj Ebrahim. Apabila ditanya, Krew Sabahkini.net dimaklumkan hanya setelah OKK Hassnar Hj Ebrahim memberi tahu anggota Polis berkenaan bahawa dia akan ke Balai Polis Karamunsing untuk membuat laporan Polis terhadap anggota tersebut dan akan membawa bersamanya seorang pemberita barulah anggota bernama L/Kpl Siti Aminah Binti Sidin membenarkan kakitangan OKK Hassnar Hj Ebrahim itu membuat laporan polis. Timbalan Pendakwaraya, Puan Uma Dewi dalam perbicaraan lalu telah cuba sedaya upaya mencari kesalahan OKK Hassnar Hj Ebrahim tetapi gagal. Dalam usaha terbaru nya Puan Uma Dewi cuba pula memesong Mahkamah dengan mengatakan bahawa laporan mengatakan pengadu dilayan selepas tiga jam menunggu tidak benar. Usahanya gagal apabila Chiu dengan tegas berkata, “Tidak”. Antara petikan daripada prosiding Mahkamah adalah seperti berikut: Uma Dewi: I put it to you that the article approved by you as an editor contains wrong information that the complainan was made to wait three hours is wrong . Chiu: No Apabila disoalbalas oleh Peguam Bela OKK Hassnar, Tuan Hj Ansari Abdullah, Chiu berkata bahawa tidak ada sesiapa pun daripada Polis Di Raja Malaysia telah menghubungi The Borneo Post untuk meminta supaya laporan akhbar yang disiar pada 11 September 2007 itu diperbetulkan. Hj. Ansari : After the article was published did anybody called you or complained about the accuracy of this report? Chiu : No Sebelum beredar OKK Hassnar Hj Ebrahim sempat memberi tahu krew Sabahkini.net bahawa dia akan menentang pertuduhan ini hingga akhir dengan harapan semoga ianya menjadi teladan kepada generasi akan datang agar jangan sekali-kali benarkan diri mereka dibuli oleh mana-mana anggota Polis. “Semua anggota Polis adalah dibayar gaji untuk bertugas menjaga ketenteraman dan keselamatan awam, bukan sesuka hati tembak orang atau dakwa orang. Mereka bukan tuan besar kepada rakyat tetapi sebaliknya rakyatlah ‘Tuan Besar’ mereka,” ujar OKK Hassnar Hj Ebrahim. Perbicaraan akan disambung semula pada 13 Mei 2010 |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 12 Mei 2010
TUNGGU 3 JAM UNTUK BUAT LAPORAN POLIS?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan