HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Disember 2011

AGM: Ahli MT mahu PAS terus bincang kerjasama politik dengan Umno


KUALA LUMPUR – Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno hari ini menggesa PAS agar meneruskan perbincangan kerjasama politik dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu atas alasan ia penting bagi kelangsungan hak-hak orang Melayu pada masa depan.

Datuk Bung Moktar Radin (gambar) berkata Umno sentiasa mahu mengadakan perbincangan mana-mana parti bagi mencari jalan bagi melindungi hak dan istimewa orang Melayu atas alasan DAP mempamerkan ancaman ke atas masa depan orang Melayu.

Seperti ramai perwakilan Umno pada perhimpunan agung tahunan kali ini, Bung Moktar mendakwa DAP mempersoalkan hak kaum dan agama orang Melayu.

“Kami (Umno) fleksibel, pragmatik. Adalah baik bagi PAS untuk membincangkan masa depan kaum kita,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ulasan: