HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2011

Benda Winnable tu?


Hari ini Umno masih terkial-kial untuk mempertahankan survival politik mereka.

Sebelum ini apa mereka peduli. Bagi mereka buat macamana pun Umno akan menang besar. Bagi mereka kritikan atas gejala kezaliman pimpinan Umno maupun rasuah, salah-guna kuasa, penyelewengan… tidak dipedulikan. Bagi mereka tak menjadi kudis gatal kepada Umno. Mereka selesa dengan undi cina dan india apatah lagi undi orang melayu.

Hari ini, menyorot kepada perhimpunan agung Umno di PWTC… seolah-olah mereka berada ditahap sakarat al-maut. Mungkin ajal bagi Umno semakin hampir. Dua tiga bulan ini, akan lebih bercelaru. Orang takut nak mati, macam banduan tunggu tarikh nak dihukum gantunglah tu. Apatah lagi, sudah lama parti-parti politik teman rapat yang seusia mereka dinegara-negara jiran telah berkubur. Indonesia, Filipina, Thailand. Apatah lagi kini dengan perkembangan Arab spring yang telah menobatkan Parti & gerakan Islam mula diberi kepercayaan untuk menerajui kepimpinan negara.

Zaman dunia tanpa sempadan ini, pastinya era perubahan dan kebangkitan politik baru ini pasti menerjah ke dunia politik negara kita. Inilah yang paling membimbangkan Umno. Tiupan perubahan masyarakat bandar yang semakin meluat dengan politik Umno samada dikalangan melayu atau bukan melayu khususnya dikalangan anak muda yang kini memiliki kuasa undi hampir 60% pastinya tidak termakan lagi dengan politik zaman Jepun iaitu politik mengugut rakyat jika pembangkang memerintah takde beras & politik ubi kayu. Politik air, jalanraya & api elektrik sudah ketinggalan zaman. Khurafat bahawa hanya Umno sahaja yang tau memerintah sudah mula larut.

Arus perubahan yang bertiup melalui alam maya nampaknya semakin bergerak deras. Ini disedari oleh pemimpin Umno yang mencuba segenap kudrat untuk memanjangnya tempoh keramat parti mereka itu. Hari ini mereka membuat pelbagai tranformasi kononnya untuk menunjukkan bahawa merekalah hero rakyat. Baru kini mereka dapat merasa langit tinggi ke rendah setelah hilang kuasa 2/3 di parlimen maupun 4 negeri ketangan PR.

Baru kini mereka mengajak rakyat berjihad. Sama macam bahasa Saddam Hussain dan Muammar ghadafi sebelum mereka tumbang. Hari ini mereka kenal apa itu jihad. Apa itu perpaduan. Apa itu bai’ah. Kini istilah Islam itu menjadi ratib buat perwakilan maupun pimpinan Umno. Kalau dahulu ianya perkataan sindiran tapi kini dah bertobat. Selama ini yang menjadi zikir kepada mereka adalah kuasa, harta, wanita.

Tapi hakikatnya kini… benarlah cakap Mahathir. Bahawa Umno kini sudah rosak sampai ke usus. Bau busuk serta hapak Umno itu sudah gagal ditutup. Diburukkan lagi dengan lapuran audit negara baru-baru ini khususnya bau busuk tahi lembu Shahrizat pula.

Untuk menghadapi Pru 13 nanti, apakah mampu Umno menyediakan calon yang mempunyai capable, acceptable & winnable. Sebuah parti enjit-enjit semut. Siapa sakit naik atas. Yakni dari atas sehingga ke bawah memang berpenyakit. Yang paling menyenakkan Umno nanti adalah pemilihan calon Umno yang dikatakan calon bakal menang. Apakah calon yang terpilih itu akan menang? Dan apakah calon yang tersingkir itu tidak boleh menang?

Pada satu sidang media, ketiga-tiga naib presiden Umno berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.

Tiada ulasan: