HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2011

(BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!

S

taib mahmud 9 (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!

Staff Berita Semasa


Cubaan kami menonton TV3 & TV1 baru-baru ini untuk memastikan samada berita terkini mengenai Taib Mahmud ada dipaparkan atau tidak, akhirnya menemui kegagalan sedangkan Taib Mahmud sekarang ini cukup popular dan menjadi menjadi perhatian negara-negara maju di luar sana. Dan…kami rasa rakyat Malaysia juga perlu mengetahuinya…….

Mungkin mainstream media di Malaysia mempunyai banyak lagi nilai berita yang lebih penting daripada ini. Walaubagaimanapun, tidak mengapa, sekarang dunia tanpa sempadan. Semua rakyat berhak mengetahuinya. Betul atau tidak, pembaca yang menilainya.

taib mahmud 4 (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!

Secara realitinya, kami tidak mampu memuatkan semua berita berkaitan Taib Mahmud di sini. Cukup banyak laporan pendedahan demi pembongkaran daripada pelbagai pihak bukan sahaja daripada rakyat Sarawak, malahan negara-negara di luar sana dilihat lebih berminat menyiasat skandal berkaitan Taib Mahmud. Apa yang istimewa pemimpin bernama Taib Mahmud ini sehingga menjadi tumpuan dunia ketika ini?

Apakah SPRM tidak berminat untuk turun pandang dengan lebih kerap menyiasat dengan lebih lanjut skandal Taib Mahmud ini sehingga memaksa orang luar begitu bertungkus lumus dan dilihat berusngguh-sungguh untuk mengambilalih kes ini? Di mana keseriusan pihak berkuasa di Malaysia? Di mana?

Semakan kami setakat ini iaitu pada 9 Jun 2011 yang lepas melalui laman Harian Metro, ya…benar memang ada SPRM siasat Taib Mahmud di atas skandal balak di Sarawak. Tetapi, apa kemajuan siasatan tersebut setakat ini? Itupun siasatan terhadap Taib mahmud dibuka selepas pendedahan demi pendedahan dilaporkan termasuklah berita mengenai pembekuan aset dikatakan milik Taib Mahmud di Switzerland.

Soal samada Taib Mahmud bersalah atau tidak perkara kedua. Kami di sini pun tiada kuasa pun untuk menentukan Taib Mahmud adalah bersalah atau, tetapi yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Taib Mahmud masih lagi bebas tanpa satu siasatan yang dilihat serius? Semacam pihak berkuasa kurang berminat dengan pemimpin bernama Taib Mahmud ini? Susah sangatkah pihak berkuasa nak tampil serius menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud? Kami belum nampak lagi kesungguhannya…Sedangkan pihak-pihak di luar negara sana sudah “jauh” ke depan…..

Taib Mahmud Sedang Disiasat Kerajaan Jerman, Switzerland dan England :

Berita terkini melibatkan Taib Mahmud sekarang yang dilaporkan oleh laman Global News dari Canada menunjukkan sekarang bukan satu negara tetapi 3 buah negara sedang menyiasat kegiatan Tan Sri Taib Mahmud. Di mana duit-duit hasil pembalakan di Sarawak telah mengalir masuk ke negara Kanada melalui anak Tan Sri Taib Mahmud bernama Jamilah di sana :

taib mahmud (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!

(Sumber : GlobalNews.Ca)

Dan…..anda tonton dokumentari khas yang sarat dengan unsur rasuah, kronisme & nepotisme melibatkan kekayaan Taib Mahmud, ahli keluarga Taib Mahmud, skandal balak di Sarawak yang didedahkan pada minggu lepas melalui laman Global News dari Kanada :

taib mahmud 8 (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!

Di sudut lain…….sedang kami menulis artikel ini, entahla…..tiba-tiba perasaan kami cukup tersentuh dan agak hiba apabila terkenang keadaan anak-anak, dan penduduk di Sarawak sana. Mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke KLCC contohnya yang mana sebahagian duit hasil minyak negeri Sarawak digunakan untuk membina mercu tanda di Malaysia. Tetapi, bagi kami rakyat Sarawak ini tidak perlukan semuanya ini cukuplah sekadar mereka merasa nikmat hidup di sarawak dengan disediakan keperluan asas yang mencukupi & hak-hak mereka dijaga.

taib mahmud 7 (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!

Kepada SPRM contohnya, anda boleh semak sebahagian dokumen seperti di bawah ini : :

  1. Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Taib Mahmud di 26 buah negara di dunia
  2. 199 buah syarikat di Malaysia yang mempunyai hubungan kait terus dengan ahli keluarga Taib Mahmud dan aset-aset yang dimiliki
  3. Maklumat kewangan bagi 14 buah syarikat utama yang melibatkan ahli keluarga Taib Mahmud
  4. Senarai adik beradik Taib mahmud yang menjadi pengarah & pemegang saham utama di Malaysia
  5. Syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Taib Mahmud, isterinya, Leijla dan anak-anak
  6. Senarai nama “keluarga besar Taib Mahmud di Sarawak”
Nota maklumat ini anda boleh perolehi dari laman :
Dana Bruno Manser menamakan Taib Mahmud sebagai ‘pencuri’ utama di Asia Tenggara. Antara negara-negara yang sekarang bersedia & juga sedang menyiasat kegiatan “keluarga besar Taib Mahmud” ini adalah negara :
taib mahmud 6 (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!
taib mahmud 5 (BREAKING NEWS) Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !!

Jangan kita minta orang lain hormat undang-undang sedangkan kita tidak menghormati undang-undang kita sendiri. Jangan kita harapkan lonjakan pelaburan asing ke Malaysia selagi skandal balak di Sarawak yang menjadi tumpuan dunia sekarang ini tidak ditangani dengan segera & setelus mungkin oleh pihak berkuasa di Malaysia sendiri, yang mana akibatnya akan menyebabkan ramai pelabur luar tidak yakin untuk melabur di Malaysia.

P/S : Tunjukkan kepada dunia, yang Malaysia mahu membanteras rasuah bukan hanya atas slogan semata, tetapi tindakan. Inilah masanya untuk buktikannya….

PP/S : Ada rakyat Sarawak di sini? Jika ada pengalaman, maklumat ataupun penafian merujuk laporan berita berkaitan Taib Mahmud seperti dia atas boleh kongsikan bersama bersama rakan-rakan yang lain.

Tiada ulasan: