HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Disember 2011

Guan Eng nasihat publik tidak beri beliau hadiah hari jadi

THE MALAYSIAN INSIDER



KUALA LUMPUR — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak akan menerima sebarang hadiah sempena sambutan hari kelahiran beliau yang ke-51 hari ini, demikian menurut kenyataan pejabatnya.

“Saya dengan ini sesungguhnya memaklumkan bahawa hari jadi Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan satu perkara peribadi dan bukan sambutan rasmi yang diraikan oleh kerajaan negeri.

“Oleh kerana perkara ini bukan perkara rasmi, apa-apa hadiah atau sumbangan tidak akan diterima oleh Ketua Menteri, yang kini dalam perjalanan pulang dari Taiwan, mahupun mana-mana pegawai daripada kerajaan negeri,” kata Setiausaha Politik kepada Lim (gambar), Zairil Khir Johari.

Zairil berkata, adalah juga dimaklumkan bahawa sesiapa yang ingin memberi hadiah atau sumbangan boleh berbuat demikian kepada mana-mana badan amal.

Lim juga merupakan ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP.

Ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, Zairil berkata, notis ini dikeluarkan selepas seseorang didapati membeli hadiah untuk Lim pagi ini.

Tiada ulasan: