HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Disember 2011

Kempen tolak fitnah II: Setengah juta risalah diedar

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR : KEADILAN mencetak 500,000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai bagi menangkis fitnah jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang keputusan perbicaraan pada 9 Januari depan.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip, risalah berkenaan sudah diedar kepada orang ramai sejak Khamis lalu di lokasi-lokasi strategik.

“Lokasi pengedaran risalah ini kita tumpukan ditempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan perhentian bas, KTM Komuter, LRT, Monorel dan mana-mana kawasan kunjungan rakyat.

“Kedai-kedai makan juga antara lokasi yang dipilih untuk mengedarkan risalah ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Penyebaran risalah itu sebahagian usaha kepada kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ yang dilancarkan AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pada 28 Disember ini.

Dengan tema #bebaskanAnwar901 , ia bakal menggerakkan sokongan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari keputusan perbicaraan dibacakan, 9 Januari nanti.

Menurut Rozan, risalah penerangan yang menerangkan mengenai bukti dan fakta sepanjang perbicaraan itu akan dicetak dan ditambah dari semasa ke semasa sekiranya tidak mencukupi.

“Pada mesyuarat dua hari lalu, pimpinan AMK negeri bersama sekumpulan NGO turut menyatakan persetujuan bersama menyebarkan risalah ini atas dasar memperjuang prinsip Keadilan terhadap Datuk Seri Anwar,” katanya.

Selain itu, katanya, AMK turut mengadakan penerangan ringkas mengenai kandungan risalah itu dalam ceramah kelompok bagi memastikan mesej sampai kepada sasaran.

“Saya sendiri memimpin penyebaran risalah di kawasan Tol dengan waktu edaran difokuskan pada awal pagi dan lewat petang dengan sasaran kepada mereka yang baru hendak pergi dan balik kerja.

“Jika adanya halangan dari Polis dan pihak tertentu ketika edaran risalah ini berlangsung, kami sudah menyediakan strategi lain untuk mengedarkannya,” katanya.

Tiada ulasan: