HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Disember 2011

MES Berjaya Dimanfaat Penduduk - Shaari Sungib

Oleh Saari Sungib


HULU KLANG : Masyarakat di Dun Hulu Kelang mendapat manfaat sepenuhnya program Merakyatkan Ekonomi Selangor, (MES) sejak diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib memaklumkan, banyak program memperkasakan komuniti di sini berjaya diterjemahkan meliputi golongan wanita, belia dan warga emas.

"Antara program MES yang kita laksanakan adalah Program Kesihatan Memogram seramai 100 orang yang telah mendapat manfaat, Skim Mesra Usia Emas, 3,147 orang mendaftar dengan 347 orang waris telah menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM 2,500.

"Manakala program Jom Shopping menyaksikan penyertaan seramai 355 orang dan diharapkan ianya dapat diteruskan," katanya.

Dari segi pengimarahan masjid dan surau, secara purata sebanyak 300 kuliah agama diadakan di 55 buah masjid surau yang berada di kawasan ini.

Program pendidikan pula menyaksikan program Tuisyen Rakyat tahun ini mendapat penyertaan 70 orang pelajar tingkatan lima selain terdapat lebih 10 kelas fardhu ain dan kelas pengajian agama untuk wanita.

Berhubung sumbangan peruntukan Adun, seramai 32 orang kurang upaya menerima sumbangan kerusi roda, 2 orang menerima kaki palsu dan 4 orang menerima tongkat untuk berjalan.

"Kita juga menggerakan aktiviti wanita dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Rodziah Ismail dan gerak kerja melalui Pusat Komuniti Wanita, (PKW) seperti penghasilan produk makanan seperti kek dan roti, refleksologi urut kaki wanita, program kitar semula minyak masak dan menganjurkan kursus jati diri," katanya.

Bagi golongan belia pula, dua padang baru futsal diluluskan dan salah satu daripadanya sudahpun siap sepenuhnya manakala 6 buah gelanggang futsal lain di AU2 dan AU4 akan dinaik taraf.

Padang lain yang akan dinaiktaraf adalah padang dibawah MPAJ, AU2, AU3, AU4 dan AU5 serta padang Kuala Ampang.

Melalui Geran Selngorku bernilai RM300 juta, beliau akan mengutarakan beberapa permohonan kepada Menteri Besar untuk diperuntukkan demi keselesaan rakyat.

Antaranya termasuklah membaik pulih padang AU4, pembangunan sekolah agama baru Kampung Kemensah, mini stadium di Hulu Kelang serta satu dewan komuniti baru untuk kerja sosial masyarakat dapat dilakukan.

Turut tidak ketinggalan adalah masyarakat Orang Asal di Kampung Kemensah Hulu yang memerlukan penyambungan bekalan elektrik.

Tiada ulasan: