Radhi Razak
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menganggap ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin semalam mempamerkan sikapnya sebagai seorang Pemimpin yang tidak jujur.
Beliau mendakwa, Muhyiddin turut membuktikan bahawa PAS tidak pernah menerima Kerajaan Perpaduan sebagaimana yang dimanipulasi beberapa media Pro UMNO sebelum ini. Malah ia memberi jawapan kepada kesemua pihak bahawa PAS kini berada di landasan yang sebenar dan tidak sama sekali akan mengadakan sebarang kerjasama politik bersama UMNO.
"Kita berada dalam landasan yang betul untuk tidak bersama dengan mereka (Umno), menolak ajakan mereka. Pendirian kami memang betul, apa yang kami sangkakan selama ini betul,” kata beliau.
PAS kata beliau secara realitinya tidak pernah mempercayai UMNO yang sentiasa mengambil kesempatan tatkala dalam kedudukan yang lemah.
Muhyiddin semalam menggunakan platform pentas Majlis Perasmian 3 Sayap Parti UMNO dengan mengherdik perjuangan PAS yang dakwa beliau tidak telus memperjuangkan Islam.
"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja,” kata Muhyiddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan