HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Disember 2011

Rayu sumbangan amal: MCA bidas DAP salah guna kuasa


Susan Loone
Tindakan DAP bahagian Bukit Mertajam mengeluarkan sepucuk surat bagi mendapatkan derma pada majlis makan malam amal 17 Disember lalu telah mengundang padah.

Menurut MCA, tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP itu sebagai salah guna kuasa kerana meletakkan tekanan ke atas pemaju bagi memaksa mereka untuk menyumbang.

tan cheng liang penang pc 040808 02Ketua Wanita MCA, Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata seorang pemaju dalam aduannya di akhbar Sin Chew Daily mendakwa menerima surat daripada jawatankuasa penyelaras parlimen (PLC) Bukit Mertajam yang meminta sumbangan RM5,000.

PLC itu berharap dapat memungut RM200,000 dalam bentuk tajaan dengan menjual 150 meja dengan harga tiket, RM5,000, 1,000, atau 300 setiap meja atau RM30, 100 dan 500 bagi setiap kerusi.

Pemaju berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dirinya ditekan untuk menyumbang.

Beliau juga mempersoalkan mengapa PLC menggunakan nama beberapa pemimpin DAP - Chong Eng (ahli parlimen Bukit Mertajam), Michael Tan (ADUN Padang Lallang) dan ahli majlis perbandaran Seberang Prai Oon Neow Aun - dan bukan ditandatangani oleh ahli jawatankuasa berkenaan.

"Adakah terdapat konflik kepentingan? Mengapa kita secara khusus diminta derma RM5,000? Bukankah sepatutnya ini ditentukan oleh penderma?” soal pemaju itu lagi.

Katanya, beliau baru-baru menyerahkan pelan projek kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk kelulusan dan kuathir permohonannya akan ditolak kecuali beliau menyumbang.

"Adakah MPSP membocorkan maklumat pemaju kepada DAP?” soalnya.

Tiada ulasan: