HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Februari 2012

Masalah Brain Drain Malaysia Tidak Akan Selesai : Ini Contoh Di Depan Mata!!

Staff Berita Semasa


tan sri hassan marican Masalah Brain Drain Malaysia Tidak Akan Selesai : Ini Contoh Di Depan Mata!!


Sayang sekali rakyat Malaysia yang ada kepakaran sebegini kurang dihiraukan oleh negara sendiri. Negara luar yang lebih nampak kemampuan rakyat Malaysia. Adakah ini antara sebabnya, isu dan masalah brain drain Malaysia masih belum berjaya diselesaikan.

Di saat kerajaan dilihat berusaha melalui platform TalentCorp Malaysia untuk memenangi hati rakyat Malaysia yang berkerja di luar negeri dan menarik mereka yang cerdik pandai pulang dan bekerja di Malaysia sehingga berpuluh juta telah dihabiskan, malangnya apa yang kami perhatikan sekarang ini bakat dan kepakaran individu yang telah terhidang di depan mata disia-siakan begitu sahaja.

tan sri hassan Masalah Brain Drain Malaysia Tidak Akan Selesai : Ini Contoh Di Depan Mata!!

Kalau daripada dahulu lagi Tan Sri Hassan Merican dilihat pentingkan gaji dan pendapatan beliau, sepatutnya daripada dahulu lagi beliau telah meninggalkan Petronas. Hakikatnya, kerana gaji yang dibayar kepada Tan Sri Hassan Merican sebagai CEO Petronas lebih rendah berbanding syarikat Oil & gas yang lain di dunia. Ya…beliau boleh dapat lebih lagi jikalau menyumbang kepakarannya dengan syarikat Oil & Gas yang lain.

Walaubagimanapun, beliau masih lagi setia dan terus menyumbang tenaga dan kepakarannya di Malaysia. Tetapi….mungkin inilah harga yang perlu dibayar di atas kesetiaan beliau selama bersama dengan Petronas lebih 15 tahun lamanya.

Difikirkan secara positifnya ada benar juga tindakan beliau apabila :

“Bakat & kepakaran beliau selama ini tidak dihargai, rasanya ada baiknya beliau berada di bawah pihak yang lebih tahu menghargai”‘

Hassan has gone on to join the boards of several Singapore energy firms since leaving Petronas. — Picture courtesy of Sembcorp

KUALA LUMPUR, Feb 15 — Ex-Petronas CEO Tan Sri Hassan Marican is set to become chairman of Singapore Power Limited (SP) in June succeeding Ng Kee Choe who will retire on June 12, according to Energy Asia. The news portal that focuses on the energy industry reported this yesterday, citing the island republic’s utility giant.

pro jet Masalah Brain Drain Malaysia Tidak Akan Selesai : Ini Contoh Di Depan Mata!!

Marican, who left the national oil company at the beginning of 2010 allegedly due to friction with the Najib administration, has been accepting directorships with several foreign firms in the energy sector. Among them are Singapore government-linked companies including SembCorp Industries Limited, SembCorp Marine Limited and Singapore Power, which he joined on February 15, 2011. He is also a director at Sarawak Energy Berhad and US oil and gas giant ConocoPhillips.

Masih ingat lagi Pro-jet? Itu adalah kepunyaan syarikat ConocoPhillips.

Yang peliknya di Malaysia, yang mana kami kadang-kadang terfikir banyak kali juga macam manalah perkara ini boleh berlaku di Malaysia apabila yang telah terbukti rasuah dan tidak pernah ada pengalaman menguruskan syarikat korporat diberikan pegang kuasa dalam satu GLC. Tetapi yang sudah terbukti kejayaannya, belum pernah ada rekod buruk selama ini, dicampak entah ke mana-mana

Tiada ulasan: