HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Februari 2012

Universiti Curtin Buang Istilah “First Lady” Untuk Rosmah Mansor VS 600 Pusat Permata Negara?

Staff Berita Semasa

permata negara Universiti Curtin Buang Istilah First Lady Untuk Rosmah Mansor VS  600 Pusat Permata Negara?


Semua sudah sedia maklum yang Rosmah Mansor sekarang ini telah dianugerahkan oleh Universiti Curtin di Australia dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan. Ada yang pertikaikan, ada yang menerima berita tersebut dengan hati yang terbuka

Itu pendapat masing-masing. Bagi kami itu hak pihak Universiti Curtin kepada siapa anugerah tersebut mahu diserahkan. Samada pihak universiti mahu menerima respon dan pendapat yang dihantar kepada mereka untuk dinilaikan, terpulang. Apatah lagi anugerah yang disampaikan itu telah dinilaikan dengan sebaiknya berdasarkan merit-merit tertentu yang telah diletakkan mereka. Kata mereka.

PERMATA mendapat peruntukan RM 111 juta dalam bajet belanjawan 2011

Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey

program permata negara Universiti Curtin Buang Istilah First Lady Untuk Rosmah Mansor VS  600 Pusat Permata Negara?

Cuma apa yang kami harapkan setiap kenyataan yang dikeluarkan daripada sebuah pusat pengajian & gedung ilmu seperti ini biarlah berdasarkan fakta dan maklumat yang tepat. Dunia hari ini tidak mudah. Setiap kenyataan yang dikeluarkan pasti akan “direkod” dan diteliti.

Baru-baru ini, Universiti Curtin di Australia melalui Naib Cancelornya memohon maaf angkara menggunakan istilah “First Lady” merujuk kepada Rosmah Mansor melalui kenyataan mereka di Facebook. Walaubagaimanapun, di perenggan lain pada kenyataan tersebut, antara sebab anugerah tersebut diberikan kepada Rosmah Mansor adalah merujuk kepada “kejayaan Program Permata Negara” yang dikatakan mereka sudah ada lebih 600 pusat permata negara.

  • 600 pusat permata negara di Malaysia?
  • Adakah pihak universiti Curtin ini sudah membuat ulangkaji sebelum mengeluarkan kenyataan sebegini rupa?
permata negara rosmah Universiti Curtin Buang Istilah First Lady Untuk Rosmah Mansor VS  600 Pusat Permata Negara?

Walaubagaimanapun semakan kami di 2 laman iaitu :

Mendapati hanya terdapat 52 Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh negara. Di Manakah universiti Curtin mendapat angka yang sebegitu rupa?

Tiada ulasan: