HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Mac 2012

Jadi kedi golf dapat RM5000 sebulan?

KL TODAY



Pendapatan lumayan sehingga mencecah RM5,000 sebulan merupakan antara faktor kerjaya sebagai kedi atau pembantu pemain golf kini semakin mendapat tempat di kalangan belia.Malah bidang itu tidak lagi dipandang rendah sebaliknya mendapat pengiktirafan apabila pelbagai akademi bidang golf ditubuh antaranya Akademi Kemahiran Belia Golf di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kemasik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan pengalamannya sewaktu berusia belasan tahun, masyarakat setempat di kampungnya tidak begitu menggemari andai anak mereka bekerja sebagai kedi secara sambilan.

“Situasi itu tidak lagi berlaku pada masa sekarang kerana saya difahamkan pelajar-pelajar lepasan Akademi Golf IKBN kini memperoleh pendapatan lumayan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

“Walaupun gaji asas untuk mereka sebenarnya hanya sekitar RM1,300 hingga RM1,500, tip yang diperoleh daripada pemain-pemain golf antarabangsa menjadikan ia cukup lumayan untuk mereka,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Gerbang Kerjaya di IKBN Kemasik di sini.

Beliau berkata, sehingga kini lebih 50 pelajar sesi pertama akademi itu telah menamatkan kursus di Kuala Lumpur dan kesemuanya mendapat pekerjaan sebagai kedi di padang golf seluruh negara.

Tiada ulasan: