HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Mac 2012

Susuk:Insaf lepas lihat mayat rakan hodoh

KL TODAY



Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk yang dipakainya lebih 20 tahun.Wanita berusia 48 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Hayati, berkata kematian sahabatnya membuatnya insaf dan menyebabkan beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.Gambar fail sebuah filem mengenai susuk.

‘Bagaimanapun, bukan senang membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.

‘Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk dalam tubuh.

‘Sepanjang seminggu itu, bomoh yang hantar makanan kerana kubang kerbau itu jauh daripada orang ramai,’ katanya yang berkongsi keterlanjurannya sebagai iktibar kepada masyarakat.

Cik Hayati berkata beliau mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun sebab ingin kelihatan cantik supaya kedai makannya menarik pelanggan.

‘Saya membayar lebih RM25,000 ($10,409) kepada bomoh itu memasang susuk pada wajah, buah dada dan kemaluan.

‘Bagaimanapun, semua susuk itu bukan dipasang serentak. Sebaliknya, secara berperingkat selama tiga tahun,’ katanya.

Cik Hayati berkata sepanjang lebih 20 tahun memakai susuk, suaminya mengikut telunjuknya.

Bagaimanapun, selepas melihat rakan karibnya terlantar sakit selama setahun akibat melanggar pantang larang sebelum meninggal dunia dalam keadaan amat menakutkan, hatinya terbuka kembali ke pangkal jalan.

Mengulas, pengamal perubatan Islam di pusat Rawatan Pakar dan Terapi Al-Quran Darik Hikmah, Encik Abdul Malek Ladzim Al-Azhari, berkata kesan yang akan timbul sekiranya tidak meninggalkan susuk itu adalah susah meninggal dunia.

‘Ini perbuatan yang memesongkan akidah dan buruk akibatnya di akhirat kelak. Bagi membuang susuk itu, maka wajar wanita itu melakukan perkara yang melanggar pantang larang di awal perjanjian,’ katanya.

Tiada ulasan: