HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Mac 2012

Panas: Kerja Turunkan Bendera PAS, Tugas Baru Penguatkuasa MPK Menjelang Pilihanraya Umum


PAHANG DAILY


KUANTAN
- Orang ramai terkejut dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang dilihat sudah menjadi seperti parti politik sekarang ini.

Apa tidaknya, selepas mereka memagar Padang MPK1 iaitu lokasi asal Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini, kini Penguatkuasa MPK sibuk pula menurunkan bandera parti politik di sekitar kawasan Kuantan.

Entah apakah yang ditakutkan mereka, atau memang mendapat arahan pihak atasan yang gusar dengan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang sekarang ini agaknya. Operasi menurunkan bendera parti politik dilihat hanya melibatkan bendera parti pembangkang terutamanya bendera PAS.

Tinjauan krew PDO yang mengikuti kenderaan MPK mendapati, mereka akan menurunkan bandera PAS yang diletakkan pada pokok, pagar, tiang atau sebagainya. Kerja-kerja ini dilakukan selepas mendapat arahan daripada pihak yang terbabit di lokasi-lokasi berkenaan.

Kemungkinan besar maklumat diberikan oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau pun UMNO sendiri. Nampak benar mereka takut kepada pembangkang, lantaran melakukan tindakan yang jelas kebudak-budakan itu.

Apapun, agak menghairankan kerana MPK tidak pula menurunkan bandera UMNO BN yang bertebaran di merata-rata tempat. Mereka ternyata menjalankan tugas atas arahan politik, tanpa menngambilkira sentiman sokongan rakyat sebenarnya.

Apapun, kita ucapkan syabas kepada pihak MPK kerana rela jabatan itu dipergunakan sewenangnya untuk tujuan politik.
Malah, PDO amat yakin MPK akan menggunakan kuasa sepenuhnya pada PRU13 akan datang bagi menyekat kemaraan pembangkang. Maka itulah kita tidak hairanlah dengan kerja baru MPK ini.



Bukti, Penguatkuasa MPK sedang memanjat pokok untuk menurunkan
bendera PAS yang berkibar di situ. Lokasinya bukan di tengah bandar


[Apa yang jelas, tindakan mengampu sudah pun dimulakan oleh MPK sekarang ini. Ia selaras dengan hasrat Yang DiPertuanya yang dijangka akan naik ke jawatan Setiuasaha Kerajaan Negeri Pahang tidak lama lagi. Maka itulah kita tidak hairan MPK semakin bersikap "double standard" kepada rakyat yang sama-sama membayar cukai.

Anehnya, tindakan menurunkan bendera parti politik ini lebih menjurus kepada bendera pembangkang semata-mata, sebaliknya tidak kepada bendera UMNO BN. Mungkin dek kerana Ahli Majlis yang duduk dalam MPK itu terdiri dari kalangan pemimpin politik UMNO BN, maka mereka terpaksa melakukan arahan yang jelas memperbodohkan jabatan terbabit di mata rakyat.

Mereka fikir, semua rakyat harus berkiblatkan UMNO semata-mata. Sedangkan dalam MPK itu sendiri majoritinya adalah mereka yang mahukan perubahan pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apa yang jelas, semua arahan ini adalah dari mulur orang politik yang semakin gusar melihatkan sokongan rakyat kepada pembangkang meningkat sekarang].

Tiada ulasan: