HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Julai 2012

PR: Tema Hari Kemerdekaan perlu cerminkan sentimen setiap rakyat

Jamilah Hamzah

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mengakui pemilihan tema Hari Kemerdekaan adalah hak kerajaan, namun biarlah ia menggambarkan sentimen setiap rakyat, bukan hanya memfokus kepentingan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, PR tidak pernah melatah dengan tema '55 Tahun Kemerdekaan Janji Ditepati' tetapi mahu kerajaan lebih memfokus dan mencerminkan rakyat.

"Saya akui itu memang hak kerajaan, tetapi mestilah lebih mencerminkan rakyat bukan Barisan Nasional (BN) sahaja.

"Saya beri contoh seperti, Malaysia Jaya Rakyat Berjaya... lebih mencerminkan rakyat dan negara," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, PR tidak perlu melatah dan melihat tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati yang dipilih, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks makna janji itu sendiri dan bukan skop pilitik sahaja.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, menepati janji adalah satu nilai universal yang tidak terbatas kepada agama atau kepercayaan tertentu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perkara tersebut tidak menjadi masalah, semangat cintakan negara yang ditunjuk sudah memadai.

Beliau berkata, perkara tema Hari Kebangsaan  tidak menjadi isu, semangat yang ditunjukkan untuk cintakan negara sudah memadai.

"Hal itu tidak menjadi isu, kalau sudah tunjukkan semangat kecintaan pada negara sudah cukup bukan bertujuaan nak  rosakkan negara.

"Kita bukan nak berniaga, tak perlulah nak diisukan hal itu," katanya.

Tiada ulasan: