Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
“Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan. Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Khalid berkata, Kerajaan Negeri berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan