THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA TERENGGANU— Golongan wanita yang membawa virus
HIV/AIDS boleh mengancam kestabilan institusi kekeluargaan khususnya
suri rumah dan kaum ibu kerana mereka merupakan tonggak rumahtangga.
Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM) Datuk Dr Raj Karim berkata golongan wanita yang menghidap penyakit ini membawa implikasi yang besar kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menguruskan keperluan anak-anak.
“Kebanyakan wanita terdedah kepada virus tersebut akibat perhubungan intim tanpa mengetahui kedudukan dan aktiviti pasangan, menjadi mangsa suami penagih dadah dan beberapa faktor lain yang seterusnya akan menyebabkan jangkitan pada janin dan anak-anak lain.
“Pembawa HIV/AIDS bukan sahaja menderita dari segi fizikal malahan turut menghadapi tekanan emosi dan perasaan akibat stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis Iftar Ramadan bersama Komuniti yang Disayangi bagi meraikan komuniti yang kurang bernasib baik itu di sini semalam.
Tambah Dr Raj lagi, apa yang membimbangkan bagi anak-anak, mereka tidak mendapat kasih sayang, rangsangan sosial serta contoh yang betul daripada ibu bapa dan orang dewasa di sekeliling mereka. Persekitaran seperti itu akan membawa kepada personaliti negatif anak-anak.
Lebih malang lagi kepada anak-anak positif HIV ini, mereka juga turut disisihkan berikutan kebimbangan masyarakat bahawa mereka ini akan menyebarkan jangkitan sehingga menyebabkan terbit perasaan malu serta rendah diri.
Katanya dengan bantuan MAM dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Pertubuhan Komuniti Cakna (KCT) yang ditubuhkan pada 2009 membina sebuah rumah perlindungan di Wakaf Tengah, di sini dalam usaha membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang positif HIV.
KCT aktif dalam melaksanakan program pencegahan, rawatan jagaan dan member sokongan kepada golongan tersebut.
Bekas penagih yang sedang menjalani pemulihan juga mengusahakan kebun sayur-sayuran di KCT sebagai pusat terapi kerja. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan