HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2012

Fuziah Berjaya "Memegang" Pengundinya Untuk Sukarkan Laluan BN Rampas Parlimen Kuantan!

PAHANG DAILY

Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kini sudah dirasai walaupun rakyat sebelum ini dimomokkan dengan pilihnraya pasti pada awal 2012, kemudian Jun dan ditunda pada Julai dan dengar-dengar pula September depan
 
Dalam tempoh itu, ramai individu yang dilihat tampil ‘berlaku baik’ untuk mengambil hati pengundi termasuk yang dikatakan akan dicalonkan atau sudah sahih tidak akan menjadi calon. Motif mereka? Pastinya mahu menarik undi. 
 
Paling penting undi anak muda yang dikatakan menjadi talian hayat mereka selain memberi kelebihan untuk dilihat sebagai orang yang mampu membawa kemenangan dalam pilihan raya. 
 
Bagaimanapun, dalam konteks Parlimen Kuantan, ahli Parlimennya, Fuziah Salleh(foto) yang dilihat berjaya ‘memegang’ pengundinya mungkin menyukarkan BN untuk mengambil alih tampuk kuasa di daerah ini. 
 
Tambahan dengan pelbagai isu termasuk kilang Lynas dan rasuah dalam kalangan pemimpin negara yang dimainkan turut menjadi ‘duri’ kepada parti kerajaan itu untuk menarik pengundi.
 
 Tidak hanya berpegang kepada isu berkenaan, banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di daerah ini juga menjadi cabang penyokong kepada pembangkang untuk berdiri teguh sebagai parti yang bakal menjadi pilihan pada PRU13. 
 
Sikap pemimpin BN di daerah ini yang langsung tidak mahu bersuara atau memberi sebarang komen juga antara faktor memberi peluang kepada pembangkang ‘membesarkan’ idea mereka sebelum pilihan raya. 
 
Kesannya, sudah pasti dalam kalangan pengundinya yang keliru, siapa yang aktif, siapa yang lebih dikenali dan siapa yang wajar dipilih.  
 
Apa yang pasti, dalam bahang pilihan raya ini, orang politik wajar mempopularkan diri lebih dari seorang artis. Mereka tidak wajar terikat selepas penamaan calon sahaja dan bijak ‘mengambil hati’.

Fuziah Salleh bersama orang kuatnya melawat rakyat di kawasan beliau

Justeru, tidak hairanlah jika ada pengundi yang membuat pengamatan sendiri mengenai penundaan tarikh pilihan raya namun tetap menjadi peluang terbaik kepada parti pembangkang untuk lebih meningkatkan strategi mereka.

Satu lagi konflik yang mungkin berlaku di daerah ini ialah sikap orang muda yang tidak tahu dan tidak yakin dengan pilihan mereka. Masih tercari-cari identiti sebenar pemimpin mana yang harus dipilih, ada yang mengakui beberapa pemimpin sedia ada tidak wajar menyambung tugas kerana gagal menjalankan tanggungjawab.

Ada juga pengundi muda yang rela hati tidak menjadi pengundi kerana gagal mengenal pasti calon mereka. sumber: sinarpahang

[Mana-mana pihak yang berani turun kepada rakyat pasti mereka akan sukakan pemimpin terbabut sebenarnya. Namun, bagi pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan hanya turun ketika menjelang pilihnaraya semata-mata, maka sudah pasti akan ditolak rakyat kelak. 

Justeru, kepada semua pemimpin terutamanya bagi mereka yang bakal menjadi calon mereka sepatutnya sudah mempopularkan diri masing-masing sejak beberapa tahun yang lalu. Memilih calon yang tidak popular dan berwibawa sebagai calon parti hanya akan menikam diri sendiri. 

Pilihanraya kali ini pasti sengit kerana masing-masing berlumba-lumba untuk mempopularkan diri dimata rakyat. Cuma, rakyat perlu bijak menilai siapakah yang lebih jujur dan ikhlas memperjuangkan nasib dan masa depan mereka hari ini, esok dan selamanya. 

Buatlah pilihan bijak!].

Tiada ulasan: