Rakyat
diminta menilai secara rasional tindakan DAP yang mahu mewujudkan
undang-undang anti-lompat parti, sedangkan sekutu mereka, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) pula berusaha memancing anggota-anggota politik
dan parlimen melompat parti menyertai PKR.
Menggesa demikian, ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata para pemimpin DAP
seperti Pengerusinya Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng
dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan undang-undang
berkenaan, sedangkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
bertindak sebaliknya.
Saifuddin
yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata pakatan
pembangkang sebenarnya tidak pernah sehaluan dalam pelbagai perkara dan
rakyat perlu bijak menilai akan kecelaruan dalam pakatan itu.
Bercakap
kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri yang diadakannya di
Taman Seri Tualang Mentakab, di sini pada Ahad, Saifuddin berkata
pakatan pembangkang tidak layak memimpin negara atas kecelaruan mereka
yang akhirnya akan membawa musibah kepada rakyat,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan