HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2012

Pakatan: BN guna '3 perangkap' kelirukan rakyat

RUZY ADILA IDRIS

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
 
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) khususnya Umno menggunakan isu agama termasuk hukum hudud sebagai salah satu daripada tiga perangkap untuk mengelirukan rakyat dan menawan kembali sokongan terhadap perikatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perkara itu ialah isu-isu berkaitan raja-raja, agama dan perkauman.

"Hudud adalah contoh 'perangkap' yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama.

"Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan Umno untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Majlis Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.

Jelas beliau, dengan kepelbagaian saluran media yang ada ketika ini, rakyat tetap tahu kebenaran.
"Pandangan rakyat terhadap sesuatu isu juga sudah berubah dan melihat kepada tahap sokongan rakyat ketika ini kami yakin rakyat tetap bersama kami," katanya.

Tiada ulasan: