HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2012

Polis nafikan manipulasi statistik jenayah

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Polis Di Raja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan bahawa terdapatnya manipulasi untuk memberikan gambaran salah tentang statistik jenayah sambil menyatakan pencapaian mereka adalah benar dan tohmahan adalah fitnah yang mengelirukan. 
 
“Semua jenayah yang dilaporkan, tanpa mengira seksyen Kanun Keseksaan atau di bawah kategori jenayah mereka berada, AKAN menyumbang kepada statistik jenayah. Dan ini akan terus dipertingkatkan oleh Sistem Laporan Penjejakan Online yang sedang mengalami ujian Beta pada masa ini dan akan dilancarkan lewat 2012.

“Pencapaian PDRM dan penambahbaikan melalui NKRA adalah benar, seperti inisiatif Program Bandar Selamat, Peningkatan Penyiasatan, Perkhidmat Barisan Hadapan ,” kata ACP Ramli Mohamed Yusuf dari Jabatan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pada 22 Ogos sepucuk surat, kononnya ditulis oleh anggota polis yang menggunakan nama Sumun Osram, mendakwa bahawa kes-kes jenayah dimanipulasi ke dalam menggunakan metodologi “bukan indeks” —  kesalahan-kesalahan yang tidak berdaftar sebagai sebahagian daripada statistik rasmi yang dibentangkan oleh PEMANDU.

Di Malaysia, polis membahagikan jenayah kepada dua kategori, indeks dan bukan indeks — indeks ditakrifkan sebagai jenayah dilaporkan dengan kekerapan yang penting dan mencukupi menunjukkan keadaan jenayah manakala bukan indeks dianggap sebagai jenayah kecil.

Berikutan kemunculan surat itu, pemimpin Pakatan Rakyat menggesa kerajaan persekutuan untuk menafikan dakwaan tersebut mengenai manipulasi data jenayah.

Walaupun berulang kali desakan menuntut penjelasan, PEMANDU dan polis masih berdiam diri sehingga sekarang.

Takrif Indeks dan Jenayah Bukan Indeks, serta proses Siasatan dan Pendakwaan telah dimulakan lama sebelum pengenalan program NKRA. Tiada asas fakta atau bukti untuk dakwaan bahawa statistik jenayah dimanipulasi atau diubah.

“Penulis, jika benar-benar seorang anggota polis, mungkin telah lama tidak bersama pasukan dan jelas tidak memahami bagaimana proses kepolisan dan siasatan jenayah dijalankan. Untuk mengelakkan keraguan dan salah faham kerana salah tafsir seperti yang digambarkan oleh penulis,

PDRM mahu menjemput kepada mana-mana orang awam untuk tampil ke hadapan dan berkongsi kebimbangan mereka dengan kami, “kata Ramli.

PEMANDU bulan lalu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Angka penurunan jenayah yang dikeluarkan oleh PEMANDU itu tidak menyakinkan rakyat berikutan dengan laporan media tentang kejadian jenayah yang turut menyebabkan beberapa orang VVIP seperti bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menjadi mangsa.

Tiada ulasan: