HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2012

Awang Adek: Kejayaan Perbankan Islam bukti pimpinan Islam

SINAR HARIAN

Awang Adek: Tiga minggu siasat dakwaan penyelewengan dinar emas
Datuk Dr Awang Adek Hussin
 
BACHOK - Kejayaan meletakkan kedudukan Perbankan Islam antara yang terkemuka di dunia, membuktikan pemimpin negara ini sejak dahulu hingga sekarang benar-benar berjiwa Islam.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pencapaian itu bukan dapat diperolehi dengan mudah bahkan ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih.

"Ketika ia dirangka ramai yang tidak yakin dengan keupayaan negara termasuk rakyat di negara ini sendiri dan beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Tok Choong di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Institut Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) yang menyasarkan peranan sistem kewangan Islam di negara ini sama penting dengan sistem kewangan konvensional dalam tempoh 10 tahun lagi.

Perunding Kanan Pembangunan Latihan dan Pembangunan Profesional IBFIM, Zanariah Zahari dilaporkan berkata sasaran sama rata itu dijangka dapat dicapai melalui penghasilan tenaga pakar kewangan Islam yang lebih ramai pada masa akan datang.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, prestasi Perbankan Islam mengagumkan negara Islam lain dan mendorong mereka mempelajari kejayaan Malaysia itu.

Perkembangan dalam negara pula, ia bukan sahaja dapat menarik minat masyarakat Islam bahkan bukan Islam turut mendapat faedah daripada sistem Perbankan Islam itu.

Katanya, antara kelebihan Perbankan Islam ialah ia tidak berisiko tinggi apabila kadar faedahnya sudah ditetapkan lebih awal (tidak turun naik) serta tidak membebankan pengguna.- Bernama

Tiada ulasan: