MALAYSIA KINI
Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, demi mencapai kemenangan
masa depan, kita bukan sahaja harus melabur dalam modal insan tetapi
juga melaksanakan dasar-dasar berjiwa rakyat yang sesuai dengan
keupayaan dan peluang.
Beliau menegaskan demikian dalam perutusannya sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
Berikut adalah teks penuh perutusan beliau:
Sementara Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55, soalan yang harus ditanya adalah bagaimanakah Malaysia boleh mengelak perangkap pendapatan sederhana dan menjadi ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Mengikut laporan Wealth Report 2012 yang baru dikeluarkan oleh Knight Frank dan CitiPrivate Wealth, pemacu-pemacu utama pertumbuhan merupakan modal insan, suasana perniagaan yang dinamik, mobiliti modal serta keterbukaan kepada perdagangan dan pelaburan langsung asing (FDI).
Laporan Inclusive Wealth Report 2012 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menekankan modal insan sebagai penanda kekayaan sebenar sesebuah negara. Dalam erti kata lain, jika kita mahu mencapai kemenangan masa depan, kita harus membina, mengekalkan dan menarik modal insan.
Demi mencapai kemenangan masa depan, kita bukan sahaja harus melabur dalam modal insan tetapi juga melaksanakan dasar-dasar berjiwa rakyat yang sesuai dengan keupayaan dan peluang.
Masa sudah tiba untuk menumpukan perhatian kepada dasar-dasar berjiwa rakyat yang menjadikan rakyat Malaysia lebih bersatu dan berdaya saing, serta beroperasi dalam ekosistem yang menikmati kepimpinan berintegriti dan tadbir urus yang baik.
Rakyat Malaysia tidak harus pembenarkan para kroni yang ingin memecah belahkan kita dengan provokasi perkauman dan agama supaya mereka boleh terus merompak negara kita dengan rasuah dan tadbir urus yang tidak baik.
Program-program transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak bakal mencapai kegagalan selagi tidak melaksanakan tender terbuka, pengisytiharan harta secara terbuka, pendedahan penuh kontrak-kontrak kerajaan atau proses membuat keputusan yang telus dan bertanggungjawab oleh institusi-institusi kerajaan.
Ini jelas apabila kaji selidik Malaysia Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM) telah mendapati bahawa 72.9 peratus daripada komuniti perniagaan Cina Malaysia berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi dan tidak optimistik bahawa Malaysia dapat mengelak daripada jerat perangkap pendapatan sederhana.
Oleh kerana kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (SME) tidak bermanfaat daripada program-program transformasi kerajaan BN, maka SME-SME sekarang menghadapi kos operasi dan bahan mentah yang kian meningkat, kekurangan pekerja dan persaingan domestik.
Percubaan terbaru untuk menghukum peniup wisel seperti Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan skandal “lembu dan kondo” National Feedlot yang bernilai RM250 juta, hanya menonjolkan kekurangan komitmen dalam usaha membanteras korupsi.
Rakyat Malaysia harus bersatu berdasarkan nilai-nilai sejagat seperti keadilan, kebebasan, peluang saksama, integriti dan saingan adil supaya ganjaran akan dikaut oleh mereka yang bekerja keras dan jujur dan juga untuk memastikan bahawa semua, tidak kira yang kaya atau miskin, yang mahir atau tidak mahir, dapat mencari pekerjaan yang mendatangkan kepuasan dan kehidupan yang bermartabat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan