MARANG:
Seorang lelaki yang pernah bekerja sebagai pekerja penyelenggaraan di
sebuah syarikat telekomunikasi di Karak, Pahang menggunakan
pengalamannya untuk mencuri bateri pencawang syarikat telekomunikasi di
sekitar daerah ini sejak setahun lalu membabitkan kerugian ratusan
ribu ringgit.
Selain
pengalaman itu, lelaki berusia 36 tahun berasal dari Taman Tapai
Indah, Wakaf Tapai, di sini, turut menggunakan taktik membawa kereta
Mercedes bersama sebuah lori setiap kali melakukan kegiatan mencurinya
bagi mengaburi mata orang ramai yang kononnya dia sedang melakukan
kerja penyelenggaraan di kawasan itu.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan
berkata, kegiatan suspek akhirnya terbongkar selepas sepasukan pegawai
dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Marang membuat serbuan di kediamannya jam 1.30 pagi pada 24 Ogos lalu.
“Hasil
soal siasat, suspek membawa polis ke sebuah rumah diubah suai menjadi
tempat pengumpulan besi buruk di Kampung Tanjung, Kedai Buluh, di sini,
pada jam 4.45 petang hari sama.
“Pemeriksaan
menemui sebuah lori di belakang rumah itu yang di dalamnya mengandungi
75 bateri pencawang telekomunikasi dianggar seberat 1.47 tan bernilai
RM33,750 dan siasatan mendapati perniagaan itu dijalankan tanpa lesen.
“Selain merampas semua barangan itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 40 dan 42 tahun dari Kampung Tanjung, Kedai Buluh, di sini yang ketika itu berada di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di IPD Marang di sini, semalam.
“Selain merampas semua barangan itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 40 dan 42 tahun dari Kampung Tanjung, Kedai Buluh, di sini yang ketika itu berada di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di IPD Marang di sini, semalam.
Menurut
Manoharan, dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihaknya dapat
menyelesaikan 12 kes kecurian bateri pencawang telekomunikasi di Marang
dilaporkan sejak Ogos tahun lalu membabitkan kerugian RM190,000.
termasuk kes terbaru pada Khamis lalu apabila 16 bateri pencawang
telekomunikasi milik Celcom dilaporkan hilang di Kampung Pengkalan
Berangan, di sini.
Katanya,
suspek utama dipercayai melakukan kegiatan itu bersama suspek berusia
42 tahun yang juga peniaga bahan lusuh sebelum menjualkannya kepada
suspek ketiga berusia 40 tahun bekerja sebagai peniaga bahan lusuh
selain menjual hasil curi itu kepada sebuah kedai bahan lusuh berlesen
di Chendering, Kuala Terengganu. Rekod menunjukkan 360 bateri dengan
berat 4.7 tan dianggarkan bernilai RM162,400 sudah dijual kepada kedai
berkenaan.
“Ketiga-tiga
suspek bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah dan direman bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan
pecah rumah.
“Selain
itu, polis memburu tiga lagi suspek yang dipercayai turut terbabit
dalam kegiatan mencuri bateri milik syarikat telekomunikasi di daerah
ini iaitu Muhammad Fairuz Embong atau dikenali sebagai Mamat Cina, 28,
Kamaruzaman Mohd Nong atau Kamal, 41, dan Mohd Rizal Ismadi Ismail atau
dikenali Lan Chaq, 30, dari Bukit Payung, Marang.
“Polis
percaya dengan penahanan tiga suspek ini dapat menyelesaikan kes
kecurian bateri pencawang yang berlaku di daerah ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan