HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Ogos 2012

Kerja dan niat baik mesti mendapat tentangan syaitan dan iblis

Oleh Aspan Alias

UMNO benar-benar sudah terdesak dan tindakannya semua merupakan tindaka n yang sangat defensif. Siang malam UMNO terpaksa berfikir cara dan kaedah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, tetapi sokongan bertambah mengurang juga. Segala usaha memujuk rayu tidak lagi laku dan diendahkan oleh rakyat di seluruh negara sedangkan mereka (UMNO) perlukan kuasa lagi.

UMNO sudah terlalu khayal dengan kuasa dan mereka telah bermain-main dengan kuasa kerana rakyat sebelum ini sangat bersabar.

Kenapa rakyat bersabar? Kerana mereka percaya dengan janji manis BN dan UMNO selama ini yang UMNO itu akan mempertahankan segala perkara yang baik dan menolak segala kemungkaran politik yang UMNO telah lakukan sejak tiga dekad yang lalu. Tetapi setiap peluang dan kesempatan yang diberikan oleh rakyat tidak juga dihormati. UMNO tidak ada sikap berterima kasih terhadap kebaikan rakyat itu dan terus-menerus mempersendakan mandat rakyat itu.

Mereka melakukan rasuah secara terang-terangan tanpa rasa malu dan silu. Tidak payah kita ulangi apa kejahatan dan keaiban yang mereka lakukan. Kebanyakan rakyat dan dunia tahu dan mengakui keburukan yang BN telah lakukan terhadap negara. Hakikat ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir dan beliau pernah berkata yang UMNO itu telah busuk sampai ke ususnya.

Kali ini kita akan menghadapi PRU yang tersengit dalam sejarah negara merdeka kita dan itu adalah satu fenomena yang ‘natural’ yang berlaku di mana-mana negara dan rakyat yang mahukan perubahan. Walaupun UMNO itu sudah dipersepsikan sebagai satu parti yang buruk, tetapi demokrasi juga membenarkan mereka mempertahankan diri dan kini segala usaha dan tenaga digembeling bagi mendapatkan kesinambungan kuasa dari rakyat.

Segala pujuk rayu jelas tidak berkesan kerana persepsi rakyat, negara dan antarabangsa terhadap UMNO sudah begitu tercemar. Maka digunakan cara membeli perasaan dengan berbagai-bagai bentuk. Dari pemberian BR1M sampailah kepada pemberian duit raya kepada rakyat termasuk kakitangan awam dan pesara. Pemandu teksi dibelikan tayar kereta dan banyak lagi bentuk pembelian undi dan perasaan rakyat dilakukan. Namun rakyat tidak juga dapat diyakinkan.

Rakyat sedar pemberian-pemberian runcit itu tidak boleh memperbaiki kehidupan mereka. Ikan yang diberi tidak akan membolehkan rakyat kenyang sampai ke akhir hayat. Yang penting rakyat mahukan ialah joran untuk membolehkan mereka pergi memancing untuk mendapatkan ikan itu sendiri. Pendek kata apa juga yang diberikan oleh kerajaan tidak berkesan dan rakyat tetap menolak mereka (UMNO) terus-terusan.

Apabila cara ini tidak mendapat sambutan, UMNO menggunakan cara menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu dengan memainkan isu perkauman dan agama. Isu 13 Mei diperbesarkan dan menjadikan DAP sebagi ‘punching bag’ dan terlebih khusus lagi menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran dengan tuduhan yang bertujuan untuk menyakinkan rakyat LKS adalah orang yang menyebabkan berlakunya 13 Mei 1969 itu.

Isu ini juga merupakan isu yang ‘counter productive’ untuk UMNO kerana bagi rakyat yang tahu hakikat sebenarnya itu semuanya adalah fitnah dan fitnah ini telah dibina oleh UMNO dan telah menjadi isu wajib yang kekal dalam siri kempen setiap kali pilihanraya tiba. Isu ini juga tidak memberikan kesan yang banyak kerana rakyat sudah mula faham bahawa 13 Mei itu berlaku kerana kekalahan BN dalam PRU 1969 dahulu dan DAP telah dijadikan mangsa untuk pihak lain melakukan kejadian itu kerana kepentingan politik.

Isu 13 Mei dijadikan isu politik ‘desperate’ UMNO. Semuanya ini adalah tindakan untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap sikap dan tindakan tidak amanah UMNO yang keterlaluan terhadap rakyat dan negara. UMNO ketinggalan zaman kerana rakyat mahukan keamanan dan tidak ada cara lain selain dari hidup dalam keadaan muhibbah di antara kaum. Rakyat sudah jemu dengan taburan fitnah dan isu untuk memecah-belahkan mereka.

Pemuafakatan di antara PAS dan DAP membuatkan UMNO tidak lena tidur terutamanya kepada pimpinan UMNO termasuk Dr Mahathir Mohammad. Mereka (pimpinan UMNO) begitu resah kerana permuafakatan kedua-dua parti yang berbeza ini. Perbezaan ini memang kejadian Tuhan dan Tuhan menuntut semua yang berbeza itu untuk bermuafakat untuk tujuan yang baik dan mulia.

Kalaulah Tuhan jadikan manusia ini ‘homogeneous’ bagaimana permuafakatan itu boleh berlaku? Permuafakatan hanya boleh berlaku dan dilakukan oleh mereka yang berbeza dan permuafakatan untuk hidup saling hormat-menghormati itu adalah tuntutan agama kita sendiri dan agama-agama yang lain. Yang ditegah oleh agama suci kita ialah permuafakatan untuk melakukan kerja yang tidak baik.

Tetapi segala permuafakatan yang dilakukan oleh rakyat berbilang kaum ini sangat meresahkan pihak UMNO kerana parti itu tidak suka kepada perpaduan untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Keadaan ini disedari oleh UMNO dan pemimpin parti itu samada yang tua atau yang muda dengan tidak disedari mereka seolah-olah mengakui yang mereka itu sudah tidak berguna lagi di mata rakyat kerana kedhaifan mereka untuk melakukan apa yang dituntut Tuhan ini.

Maka mereka mencipta berbagai-bagai ‘idiom’ dan kata-kata yang bertujuan untuk menghalalkan perlakuan mereka. Yang terakhir ini Dr Mahathir berkata yang lebih baik bekerja dengan iblis dan syaitan yang kita kenali daripada malaikat yang kita tidak kenali. Kata-kata ini mereka (UMNO dan Mahathir) menunjukkan bukti bahawa mereka tidak mengenali malaikat. Yang mereka kenali hanyalah syaitan dan iblis.

Oleh itu biarlah mereka yang mengenali syaitan untuk terus bekerja dangan syaitan yang mereka kenali tetapi rakyat pula bekerja dengan pihak malaikat yang pihak sini mengenalinya. Kita hormat kepercayaan UMNO yang mereka (UMNO) lebih selesa dengan syaitan kerana mereka mengenali syaitan itu. Tetapi kita dari pihak rakyat yang inginkan kebaikan itu, kita bekerjalah dengan pihak yang pihak kita kenali, iaitu apa-apa yang baik dan yang dituntut oleh agama kita.

Memang ada pun perpatah, ‘the good is for the good and the bad is for the bad’. Jika UMNO bersesuaian dengan kehendak iblis dan syaitan kita pun tidak boleh berbuat apa-apa. UMNO bolehlah bekerjasama dengan elemen buruk itu jika tidak mampu untuk bersama dengan nilai-nilai mulia tuntutan Tuhan itu.

Tetapi jangan bawa kami bersama untuk mengikut jejak langkah anda dalam UMNO itu. Jika UMNO selesa di sana teruskan berada di sana. “Suit yourself”. Biarkan rakyat yang ramai ini terus melakukan pencarian dan ‘soul searching’ ini kerana kami tidak tertahan lagi dengan tindak-tanduk UMNO dan BN yang tidak henti-henti menyesatkan kita semua.

Bagi rakyat ramai kita mahukan perpaduan semua kaum dan agama. Selagi berada bersama UMNO dan BN matlamat itu tidak akan tercapai sampai bila-bila. Mari kita berpadu, tetapi berpadu di luar BN.http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tiada ulasan: