HARI ini, InsyaAllah, aku akan menyahut seruan pencinta demokrasi untuk
bersama-sama mereka menyambut "Janji Demokrasi#BERSIH" di Dataran
Merdeka bermula jam 10.00 malam ini. Oleh kerana Wakil Rakyat kampong
aku Rais anak Yatim telah memberikan kebenaran untuk memakai baju warna
apa sekali pun, maka aku memilih baju warna KUNING BERSIH.
Bersama-sama dengan budak-budak SAMM Pahang, InsyaAllah, dijangka sampai
ke KL petang nanti. Jika ada kesempatan untuk berjumpa, boleh lah
teman-teman kita berjumpa sambil pekena teh tarik nanti sebelum kita
menyambut Raya di Dataran Merdeka.
Sesiapa yang kebulur nak makan percuma atau mahu dapat hadiah kereta,
motor, Ipad dan lain-lain hadiah yang diumpankan oleh rejim, boleh lah
ke Bukit Jalil. Di sana mungkin ada disediakan menu "Roti Capati"
sempena thema "Janji Di Capati".
Kehadiran orang ramai samada di Bukit Jalil atau di Dataran Merdeka amat
penting buat Najib. Najib akan melihat situasi di sana nanti bagi
beliau meminta Bik Mama nasihat samada perlu Parlimen dibubarkan
sekarang atau tidak. Jika di Bukit Jalil lebih ramai dari di Dataran
Merdeka, maka pastinya Bik Mama akan mengarahkan Najib untuk bubar
Parlimen segera. Jika sebaliknya, terpaksalah kita tunggu lagi untuk
beberapa bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan