HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Ogos 2012

Muzik nasyid semakin lapuk?

KL TODAY

 

Kumpulan Rabbani menyangkal tanggapan kononnya populariti muzik nasyid semakin lapuk disebabkan lagu-lagu yang dihasilkan masih pada takuk lama tanpa adanya pembaharuan seperti genre muzik lain.

Salah seorang ahlinya iaitu Azadan Abd Aziz berkata, terdapat banyak karya nasyid yang berkualiti tinggi selain mengikut peredaran zaman serta cita rasa pendengar, namun masyarakat sering terlepas pandang mengenainya.

“Pada pendapat kami, setiap penyanyi inginkan lagu yang terbaik untuk diperdengarkan kepada peminat-peminatnya. Sama juga dengan kumpulan-kumpulan nasyid yang sedia ada.

“Jika ada yang menganggap muzik nasyid tiada pembaharuan, itu tidak benar. Mungkin ada yang tidak mengikut peredaran muzik, tapi skalanya kecil sahaja.Gambar sekadar hiasan.

“Cuma kebanyakan agu kami (nasyid) tidak didedahkan kepada umum walaupun ia telah diedarkan kepada hampir semua stesen radio,” katanya.

Tambah Azadan, kehadiran penyanyi luar negara yang antaranya seperti Maher Zain dan Sami Yusof juga salah satu punca lagu-lagu nasyid tempatan dipandang sebelah mata.

Mengenai perkembangan terbaru Rabbani, kumpulan itu kini muncul dengan sebuah album baru berjudul Melodi Tazkirah yang menampilkan penceramah terkenal ustaz Kazim Elyas.

Album yang memuatkan sebanyak lima buah lagu lama Rabbani itu telah diberikan nafas baru dan ia mengandungi tazkirah yang disampaikan ustaz Kazim diselangi lagu nasyid oleh kumpulan itu.

“Alhamdulillah album tersebut mendapat respons yang baik sejak dipasarkan pada pertengahan bulan lalu.

“Selain itu, Rabbani turut sedang dalam persiapan untuk menyiapkan album baru. Menariknya, komposer Eddie Hamid akan mencipta lagu untuk album kali ini dan satu daripadanya kami akan berduet dengan penyanyi Indonesia.

“Peminat-peminat di Indonesia pun dah bertanya bila kami nak buat persembahan di negara mereka. Mungkin dengan ada lagu baru bersama penyanyi tempatan negara seberang, ia pastinya timbulkan kelainan,” ujarnya.

Tiada ulasan: