MALAYSIA KINI
Kurangnya
keyakinan awam terhadap pasukan polis boleh dipulihkan melalui
penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).Katanya, IPCMC mampu menjadi mekanisme untuk menyiasat salah laku polis yang lebih baik berbanding Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang baru ditubuhkan.
Kumpulan itu berhujah, keyakinan awam berkurangan ekoran statistik jenayah rasmi diburukkan lagi dengan kes kematian dalam tahanan polis melibatkan Cheah Chin Lee, 36, dan Lagan Dollah Gaong, 59, serta insiden tembakan terhadap D Dinesh, 26, baru-baru ini.
Proham yang dipimpin bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhujah, penyelesaian untuk masalah yang dikehendaki keluarga mangsa tidak disuarakan oleh EAIC.
Sebaliknya, kata mereka, isu-isu itu diketengahkan oleh wakil rakyat dan kumpulan NGO.
" EAIC tidak sangat proaktif dalam isu ini dan tidak mendapat keyakinan cukup dan kepercayaan daripada orang ramai, termasuk komponen masyarakat sivil seperti Suhakam," menurut kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan