HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Ogos 2012

Perlu permit untuk sambut ambang merdeka?



 
MALAYSIA KINI

Penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" malam ini menafikan mereka melanggar Akta Perhimpunan Awam kerana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk merayakan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan.

Dalam kenyataan hari ini, penganjur juga berkata mereka menyambut kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam yang mengalu-alukan mereka hadir ke Dataran Merdeka.

"Bagaimanapun, Gabungan Janji (penganjur) gagal memahami kenapa ketua polis negara dan OCPD Dang Wangi menganggap Gabungan Janji telah melanggar Akta Perhimpunan Aman," kata mereka.

"Kita yakin warga Malaysia berhak untuk berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan permit."

Tiada ulasan: