MALAYSIA KINI
DAP
cuba mengukuhkan imej profesionalnya apabila menerima keahlian
penganalisis politik Ong Kian Ming ke dalam parti itu yang selama ini
membariskan doktor, peguam dan bekas ketua pegawai eksekutif sebagai
tokoh-tokoh utama.Ong, 37 tahun dikenali ramai dengan kajian beliau terhadap senarai daftar pengundi dan merupakan pengarah projek Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap).
Beliau sebelum ini juga banyak menyumbang kritikan terhadap Program Transformasi Ekonomi (ETP) menerusi badan pemikir berkaitan DAP, Kajian untuk Kemajuan Sosial (Refsa).
Bagaimana pun, tidak ramai tahu bahawa sebelum menyertai DAP, pemegang ijazah sarjana ekonomi ini turut pernah bertugas di badan pemikir berkaitan MCA iaitu Institut Analisa Strategi dan Kajian Polisi (INSAP) dan badan pemikir berkaitan Gerakan - Institut Kajian dan Pembangunan Sosio-Ekonomi (SEDAR).
Berbekalkan jiwa besar untuk menyumbang kepada pembentukan polisi awam, Ong berhenti kerja daripada sebuah firma penasihat untuk menyertai INSAP pada tahun 2001 dan kemudian menyertai SEDAR pertengahan tahun 2002.
Bagaimana pun, pengalamannya bersama kedua-dua badan pemikir itu tidak seperti yang beliau harap-harapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan