HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Ogos 2012

Henti bantuan tanpa sebab: Sivakumar bidas Jabatan Kebajikan

Roketkini.com



BATU GAJAH: Kerajaan Barisan Nasional hari ini kelihatan tidak prihatin terhadap golongan miskin apabila seorang balu, Pn. Pappa A/P Suppiah yang menetap di Kampung Bendera Batu Gajah diberhentikan bantuan kebajikan.

ADUN Tronoh, V. Sivakumar mendedahkan kisah sedih tersebut dalam kenyataan medianya hari ini. Menurutnya, wanita warga emas merupakan seorang balu yang telah kematian suami sejak 8 tahun yang lalu dan turut kehilangan dua orang anak lelaki dalam sebuah kemalangan tahun lepas.

“Anak perempuannya menghadapi masalah mental kita tinggal bersama saudaranya. Manakala seorang cucu lelakinya terpaksa ditinggal di rumah sorang sahabat beliau,” tambahnya lagi.
Menurut Sivakumar, Puan Pappa tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan yang tetap.

Beliau yang  sebelum ini pernah menerima bantuan kebajikan sebanyak RM 300 daripada Jabatan Kebajikan telah diberhentikan bantuannya secara tiba-tiba pada Julai lepas tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Beliau kini menghadapi kesulitan sehingga tidak ada wang untuk membeli beras,” katanya lagi.

ADUN Tronoh ini juga mendakwa kes-kes sebegini semakin menjadi-jadi di negeri Perak.

“Saya akan menyiasat perkara ini dan melaporkan kepada yang berkenaan,” ujarnya sambil menggesa supaya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyambung semula pemberian bantuan Pn. Pappa. – Roketkini.com

Tiada ulasan: