HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Ogos 2012

K'jaan tak merayu keputusan BERSIH 2.0

Hafiz Yatim


 
Kerajaan tidak berhasrat untuk merayu keputusan BERSIH 2.0 yang membatalkan arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengisytiharkan bahawa gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu sebagai pertubuhan haram.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Pejabat Peguam Negara Kamaluddin Md Said kepada Malaysiakini ekoran tempoh untuk merayu telah berlalu.

NONE"Tidak ada rayuan untuk kes BERSIH," kata Kamaluddin dalam kiriman SMS ringkasnya.

Kerajaan mempunyai tempoh sehingga 24 Ogos untuk merayu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Rohana Yusof yang membatalkan keputusan Hishamuddin pada 1 Julai.

Oleh itu BERSIH2.0 kekal sebuah entiti yang diiktiraf dan tidak perlu didaftarkan setelah peguamnya berhujah bahawa sebuah gabungan longgar NGO tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)

Tiada ulasan: