HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2012

Mat Sabu habis modal berkempen — Mohd Ali Rustam

THE MALAYSIAN INSIDER

MELAKA — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) menyifatkan Mohamad Sabu sebagai ‘kehabisan modal’ untuk berkempen sehingga sanggup mencemarkan nama bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba bagi mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap parti itu.

Beliau berkata tindakan Timbalan Presiden PAS itu juga tidak beretika apabila mengaitkan Allahyarham dalam usaha mendapat sokongan.

“Perbuatan yang ditonjolkan oleh beliau (Mohamad Sabu) tidak beretika, gunakan nama orang yang sudah tiada dan ini membuktikan yang mereka (pembangkang) sudah tiada lagi pemimpin untuk ditonjolkan,” katanya kepada  pemberita di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad Sabu yang mendakwa Tun Ghafar akan menyertai PAS sekiranya Allahyarham masih hidup sama seperti yang dilakukan anaknya, Tamrin.

Dakwaan itu dibuat Mohamad Sabu ketika berceramah di Bukit Katil di sini baru-baru ini.

Mohd Ali berkata pemimpin parti pembangkang itu sebenarnya gemar membuat andaian bagi mendapatkan kepercayaan orang ramai. — Bernama

Tiada ulasan: