HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Ogos 2012

Kurup: Lobi PR pancing wakil BN 'tidak baik'

Wartawan Sinar Harian

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
CYBERJAYA - Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),Tan Sri Joseph Kurup hari ini berkata, parti itu berada di landasan betul bersama Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar itu menyelar langkah pembangkang yang didakwa terus melobi pemimpin BN terutamanya di Sabah untuk menyertai pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Ini cara yang tidak baik. Dia orang ini (pembangkang) sentiasa mencari wakil rakyat BN di Sabah.

"Kami berpendapat bahawa ia bukan cara baik untuk mendapat kekuatan atau sokongan daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran pelaksanaan pelan pengurusan penghapusan HCFC  (hidrokloroflorokarbon) peringkat pertama bagi pematuhan kepada Protokol Montreal, di sini hari ini.

Beliau mendakwa pemimpin pembangkang turut pernah melobi pemimpin bawahan parti itu untuk menyertai mereka bagi menghadapi PRU13.

"Mereka tidak cakap (melobi) dengan saya, tetapi mereka ada cakap dengan orang-orang (pemimpin) di bawah saya.

"Saya hanya beritahu mereka yang mereka salah orang. Kami (PBRS) berada di landasan betul (bersama BN)," katanya. 

Pembangkang dikatakan melipatgandakan usaha menarik pemimpin BN menyertai PR selepas berjaya menarik sokongan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan rakannya dari Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing bulan lepas.

Tiada ulasan: