KEADILAM DAILY
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat bakal meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat sekaligus menambah lebih banyak wang poket rakyat.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan berupaya untuk menampung cadangan itu tanpa meningkatkan kadar cukai.
Beliau berkata, ia boleh dilaksana dengan hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
“Pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran,” katanya dalam laporan Belanjawan Pakatan 2013.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membentangkan belanjawan kerajaan Jumaat ini.
Dalam belanjawan itu nanti, berkemungkinan Najib bakal menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13, walaupun menurut Anwar, sejak 1988 hingga 2011, belanjawan negara mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 2.89 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan