| http://gajahmenta.blogspot.com, |
|
|
Zahid ke Mekah naik jet peribadi - siapa punya ya?
Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam? Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi
untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya. Asalnya beliau cub merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu. Itu beza Zahid dengan Anwar.
E-mail yang disebar itu..
By Touch Down
Saya mendapat tahu baru-baru ini
bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi
menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang
dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian
terus ke Jeddah untuk ke Mekah.
Siapa empunya jet peribadi ini,
jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet
peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam
Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk
menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?
Untuk pengetahuan semua, tiap kali
beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari
Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal
beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan
untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau
semasa di sana.
Kenderaan yang digunakan adalah
dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi.
Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji
dan mereka menyalahkannya.
Beliau sering ke Arab Saudi pada
tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama
beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di
tanggung oleh rakan kongsi ini?
Kalau beliau tidak mengaku Sheikh
Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk
kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid
berada sama di dalam Istana Kelantan?
Tahun
ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi
yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan
Sheikh Rozi juga. Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang
menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya
berhenti berbuat demikian.
Akhirnya.......
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.
Menteri
Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki
pesawat tersebut. Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah,
mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan
kerajaan.
Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam
dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit
Negara bulan lalu.
Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.
Apa beza antara Anwar & Zahid
Apa beza antara Anwar & Zahid
Anwar
hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah
tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang
meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang
Menteri.
Anwar
Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan
Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan